Apakah maksud air permukaan? - Air permukaan ialah air yang didapati di permukaan daratan seperti sungai, empangan dan tasik., Jelaskan dua proses yang berlaku apabila hujan turun. - Intersepsi dan infiltrasi, Nyatakan dua jenis sumber air di Malaysia. - Air permukaan dan air bawah tanah., Terangkan maksud istilah “infiltrasi”. - Infiltrasi ialah proses air di permukaan daratan yang menyerap ke dalam tanah., Nyatakan dua contoh sungai utama yang membekalkan air di Malaysia. - Sungai Kelantan di Kelantan dan Sungai Pahang di Pahang., Apakah yang dimaksudkan dengan air bawah tanah? - Air bawah tanah ialah air yang tersimpan dalam lapisan tanah atau batuan yang terletak di bawah permukaan bumi., Apakah maksud krisis air? - Krisis air ialah situasi kekurangan sumber air yang dapat digunakan oleh manusia., Nyatakan dua tempat di Malaysia yang pernah mengalami krisis air pada tahun 2014. - Selangor dan Kuala Lumpur. (atau Putrajaya), Berikan dua punca berlakunya krisis air di Malaysia. - Penebangan hutan di kawasan tadahan air dan peningkatan populasi penduduk, Jelaskan bagaimana penebangan hutan boleh menyebabkan krisis air. - Penebangan hutan menyebabkan hakisan tanah dan pemendapan yang menjejaskan bekalan serta kualiti sumber air., Apakah fenomena cuaca yang pernah menyebabkan kemarau panjang di Malaysia? - Fenomena El Nino., Jelaskan bagaimana pembuangan sampah ke dalam sungai boleh menimbulkan krisis air. - Sampah dan sisa industri mencemarkan air sungai, menyebabkan sumber air bersih berkurangan dan tidak selamat digunakan., Mengapakah sektor perindustrian meningkatkan permintaan terhadap air? - Kerana banyak industri seperti pemprosesan makanan, pembuatan dan kimia memerlukan air dalam jumlah yang besar untuk operasi mereka., Terangkan kesan penggunaan baja kimia dan racun serangga secara berlebihan terhadap sumber air. - Ia menyebabkan pencemaran sungai dan menjejaskan kualiti air yang digunakan untuk kegunaan harian dan pertanian., Mengapakah peningkatan populasi penduduk menyebabkan krisis air? - Kerana semakin ramai penduduk, semakin tinggi permintaan terhadap air bagi keperluan domestik dan ekonomi.,

KUIZ SUMBER AIR 12/10

Leaderboard

Flash cards is an open-ended template. It does not generate scores for a leaderboard.

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?