1) Setiap digit dalam nombor perlapanan mewakili _____________ digit nombor perduaan. a) 3 b) 4 c) 5 d) 6 2) Apakah kaedah yang digunakan untuk menukar nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan? a) Kaedah bahagi dengan 2 dan gunakan bakinya. b) Kaedah bahagi dengan 8 dan gunakan bakinya. c) Kaedah bahagi dengan 10 dan gunakan bakinya. d) Kaedah bahagi dengan 16 dan gunakan bakinya. 3) Tukarkan nombor perlapanan 507 kepada nombor perpuluhan. a) 317 b) 327 c) 337 d) 347 4) Nombor perlapanan bagi nombor perpuluhan 485 ialah __________________. a) 742 b) 743 c) 744 d) 745 5) Tukarkan nomboer perduaan 11011110 kepada nombor perenambelasan. a) ED b) EC c) CE d) DE 6) Antara berikut, yang manakah tidak benar berkaitan ASCII? a) Pengekodan ASCII bukan bahasa penterjemahan. b) ASCII membolehkan manusia berinteraksi dengan komputer. c) ASCII membolehkan jenis-jenis peralatan pemprosesan data yang berlainan berfungsi dengan sempurna. d) Kod ASCII digunakan untuk mewakili teks dalam komputer 7) Apakah maksud loop dalam struktur kawalan ulangan? a) Set langkah penyelesaian masalah b) Set langkah yang berjujukan c) Set langkah algoritma d) Set langkah yang berulang 8) Ralat Y berlaku dan mengeluarkan output yang tidak diingini. Apakah ralat Y? a) Ralat masa larian b) Ralat sintaks c) Ralat jujukan d) Ralat logik 9) Pilih tiga jenis penterjemahan yang terdapat dalam bahasa pengaturcaraan. a) Penghimpun, Penterjemah, Pengkompil b) Pemilihan, Penterjemah, Pengkompil c) Penghimpun, Pentafsir, Pengkompil d) Penghimpun, Penterjemah, Pengaturcaraan 10) Pengisytiharan bagi pemboleh ubah manakah yang benar? a) jantina = "Perempuan" b) nama murid = "Kenji" c) umur@ = 830602080678 d) j = 1ajKl 11) print(5 + 2 * 3 ** 2 - 1) a) 22 b) 26 c) 18 d) 21 12) Apakah struktur kawalan yang melibatkan penggunaan kenyataan if-else? a) Struktur kawalan dwipilihan b) Struktur kawalan pelbagai pilihan c) Struktur kawalan ulangan d) Struktur kawalan jujukan 13) Sintaks umum yang mana merupakan fungsi input bagi C++? a) input() b) cin >> c) scanf() d) System.in 14) Sintaks yang manakah digunakan untuk mengakhiri pilihan dalam suatu struktur kawalan? a) if b) elif c) else d) for 15) Apakah output bagi for i in range (5, 15): a) Ralat sintaks b) 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14 c) 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15 d) 5, 10, 15 16) if = 5: a) Betul b) Salah 17) 25 % 2 = ? a) 12 b) 1 c) 2 d) 0 18) 3 ** 2 a) 9 b) 6 c) 12 d) 32 19) 25 // 2 a) 12.5 b) 12 c) 13 d) Ralat sintaks

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?