1) apakah pengertian bagi solat sunat? a) dilaksanakan untuk mendapat pahala b) didirikan untuk memohon keampunan atas dosa-dosa yang dilakukan c) dilakukan untuk meminta petunjuk kepada Allah tentang apa yang betul dan apa yang salah d) dilaksanakan untuk mendekatkan diri kepada Allah 2) Apakah pengertian tayammum? a) menyapu debu-debu ke anggota wudhu b) mengambil pasir yang bersih dan menggunakannya untuk mengambil wudhu c) menyapu debu tanah yang suci ke muka dan ke dua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu d) menyapu debu yang suci ke muka dan kedua belah pergelangan tangan dengan syarat-syarat yang tertentu 3) Antara berikut, yang manakah perkara sunat tayammum? a) menipiskan debu b) yakin telah masuk waktu c) menggunakan debu tanah yang suci 4) berapakah rukun tayammum? a) 1 b) 2 c) 3 d) 4 5) Apakah yang dimaksudkan dengan mandi wajib? a) meratakan air keseluruh badan dari hujung rambut ke hujung kaki b) meratakan air mutlaq ke seluruh badan disertai niat dan syarat tertentu c) membersihkan diri dengan air bersih dari segala kekotoran 6) Perkara yang menyebabkan mandi wajib? a) haid b) badan berpeluh c) badan terkena kencing kucing d) mengalirnya darah di badan akibat luka 7) berzikir boleh dilakukan ketika hadas besar? a) boleh b) tidak 8) Rukun solat terbahagi kepada berapa bahagian? a) 1 b) 2 c) 3 d) 4 9) Niat merupakan rukun ________ a) Qauli b) fi'li c) qalbi 10) Takbiratul Ihram termasuk dalam rukun_______ a) Qauli b) Fi'li c) Qalbi 11) Apakah hukum solat Fardhu? a) Sunat b) Wajib 12) Apakah hukum solat fardhu secara berjemaah? a) wajib b) sunat c) fardhu ain d) fardhu kifayah 13) Solat jamak bermaksud________ a) menghimpunkan 2 solat fardhu b) memendekkan solat 4 rakaat kepada 2 14) Solat qasar bermaksud__________ a) menghimpunkan 2 solat fardhu b) memendekkan solat 4 rakaat kepada 2 15) Apakah yang dimaksudkan dengan rukhsah? a) Kebebasan b) Kemudahan c) keringanan 16) Ahmad sakit kaki kirinya menyebabkan dirinya tidak dapat berdiri lama. Antara berikut yang manakah cara solat yang sesuai Ahmad lakukan? a) menelentang b) menggunakan hati c) berdiri d) duduk 17) Hanafi terkentut selepas sahaja memberi salam kedua. Adakah sah solatnya? a) ya b) tidak 18) Amirah melakukan tayammum dengan mendahulukan tangan kiri. Adakah sah tayammumnya itu? a) ya b) tidak 19) Salina menunaikan solat zohor dalam waktu asar a) solat Jamak taqdim b) solat Jamak ta'khir 20) Rasyid menunaikan solat asar dalam waktu zohor a) solat jamak taqdim b) solat jamak ta'khir 21) Maisarah terlepas untuk bangun sahur pada bulan ramadhan, bolehkah dirinya tidak meneruskan puasa pada hari itu? a) Boleh b) Tidak 22) Sarimah mendapati dirinya telah haid 5 minit sebelum waktu berbuka puasa. Adakah puasanya pada hari itu dianggap tidak batal? a) Sah b) Batal 23) Syafiq mengerjakan solat jumaat bersama 39 orang penduduk kampungnya. a) sah solat jumaat b) tidak sah solat jumaat 24) Rahmat tidak menghadap kiblat semasa menunaikan solat Asar. a) Sah solatnya b) Tidak sah solatnya 25) Irfan dan rakan-rakannya bertolak dari daerah Ranau ke pusat hiburan di bandar kota kinabalu. Semasa dalam perjalanan, mereka menunaikan solat jamak maghrib dan isyak. a) Solat mereka itu sah b) Solat mereka itu tidak sah

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?