1) Berikut adalah langkah-langkah yang terlibat dalam proses Y. a) Pemecahan masalah b) Teknik leraian c) Pemikiran komputasional d) Pemikiran komputer 2) Antara yang berikut, yang manakah adalah contoh model yang boleh digunakan bagi teknik pengitlakan? a) Salasilah keluarga b) Sistem c) Prototaip d) Peraturan 3) Berikut merupakan ciri-ciri bagi teknik pemikiran komputasional: (1) Meninggalkan aspek-aspek kurang penting dan (2) fokus kepada aspek yang penting untuk penyelesaian masalah. Teknik ini apa? a) Leraian b) Pengecaman corak c) Peniskalaan d) Pengitlakan 4) Apakah yang dimaksudkan pengecaman corak? a) Memecahkan masalah rumit kepada masalah yang lebih kecil b) Membina model dari corak c) Melihat kepada persamaan dan perbezaan dalam masalah yang sama d) Melihat kepada trend corak yang berulang dalam sesuatu objek 5) Antara pernyataan berikut, yang manakah mengandungi pengecaman corak? a) Semua rumah ada pintu b) Rumah saya mempunyai 3 tingkat c) Rumah saya mempunyai 5 buah bilik dan satu anjung di hadapan rumah d) Belakang rumah saya terdapat sebuah kolam besar 6) Pernyataan yang manakah mempunyai ciri pengecaman corak? a) Bunga kebangsaan berwarna merah dan kuning b) Semua spesis bunga kebangsaan mempunyai 5 kelopak c) Bunga kebangsaan Malaysia hanya tumbuh di negara kita sahaja d) Bunga kebangsaan banyak manfaat dan boleh dijadikan sumber bahan produk kecantikkan. 7) Satu set kod piawai yang mewakili aksara pada papan kekunci dikenali sebagai a) Kod aksara b) Kod ASCII c) Kod arahan d) Kod perduaan 8) Apakah elemen terkecil pada paparan imej digital? a) Bit b) Dimensi c) Piksel d) Resolusi 9) ____________________ menentukan ketajaman dan kejelasan sesuatu imej. a) Resolusi b) Dimensi c) Piksel d) Audio digital 10) Format audio digital ini menyimpan set arahan seperti not muzik, lagu muzik dan bunyi peralatan muzik. Apakah format audio digital tersebut? a) MP3 b) MIDI c) WAVE d) NOT 11) Jenis fail imej yang manakah menyokong animasi? a) JPEG b) GIF c) TIFF d) PNG 12) Jenis fail imej yang manakah menampung bilangan warna sehingga 256 sahaja? a) JPEG b) GIF c) BMP d) PNG 13) Jenis fail audio yang manakah adalah dalam bentuk mampatan? a) WAVE b) MP3 c) MIDI d) BMP 14) Antara berikut, yang manakah rumus yang betul bagi mengukur kedalaman bit. a) Kadar bit = Kadar sampel (Hz) × Kedalaman bit (bit) × durasi b) Kadar bit = Kadar sampel (KHz) × Kedalaman bit (bit) × Saluran c) Kadar bit = Kadar sampel (Hz) × Kedalaman bit (bit) × Saiz Fail d) Kadar bit = Kadar sampel (Hz) × Kedalaman bit (bit) × Saluran 15) Apakah definisi yang tepat berkaitan pembangunan algoritma? a) Algoritma dalam pengaturcaraan komputer adalah pencarian ralat bagi menyelesaikan masalah dalam pembangunan sesebuah atur cara b) Algoritma dalam pengaturcaraan komputer adalah urutan penyelesaian masalah dalam membangunkan sesebuah atur cara c) Pseudokod dan carta alir ialah perwakilan yang sesuai bagi pembangunan algoritma d) Pseudokod dan carta alir mampu memberi output yang diingini. 16) "Jika satu syarat yang telah diuji adalah BENAR dan tiada lagi terdapat syarat-syarat lain, maka set tindakan yang berikut akan dilaksanakan." Struktur kawalan yang manakah diterangkan oleh pernyataan di atas? a) Struktur kawalan pelbagai pilihan b) Struktur kawalan dwipilihan c) Struktur kawalan tanpa pilihan d) Struktur kawalan pilihan tunggal 17) Bagi struktur kawalan pelbagai pilihan, berapakah aliran laluan yang ada untuk setiap syarat yang diuji? a) Satu b) Dua c) Tiga d) Ikut bilangan pernyataan bersyarat 18) Struktur kawalan yang manakah sesuai digunakan jika pembilangan ulangan telah ditetapkan? a) Struktur kawalan UNTUK (FOR) b) Struktur kawalan SELAGI (WHILE) c) Struktur kawalan ULANG-SEHINGGA (REPEAT-UNTIL) d) Struktur kawalan ULANG-BILANG (REPEAT-COUNT) 19) Teknik semakan kualiti yang manakah melibatkan penggunaan satu sampel data input untuk diproses? a) Semakan terperingkat b) Semakan meja c) Semakan langkah demi langkah d) Semakan algoritma 20) Satu set kod arahan yang mengarahkan komputer untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dipanggil ____________________ a) kod b) pengekodan c) atur cara d) pengatur cara 21) Paragraph heading yang manakah mempunyai saiz teks yang terkecil? a) Heading 1 b) Heading 3 c) Heading 4 d) Heading 6 22) Di antara berikut, yang mana BUKAN struktur papan cerita? a) Struktur linear b) Struktur aneka pilihan c) Struktur cabang d) Struktur roda

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?