1) Apakah yang dimaksudkan dengan pemanasan global? a) Peningkatan suhu bumi secara semula jadi b) Penurunan suhu bumi akibat pencemaran c) Peningkatan suhu bumi akibat kesan rumah hijau d) Penurunan suhu bumi akibat penebangan hutan 2) Gas rumah hijau utama yang menyumbang kepada pemanasan global ialah … a) Oksigen b) Karbon dioksida c) Hidrogen d) Nitrogen 3) Antara berikut, manakah punca utama pemanasan global? a) Kitaran air b) Pembakaran bahan api fosil c) Fotosintesis tumbuhan d) Proses respirasi manusia 4) Penebangan hutan secara berleluasa menyebabkan … a) Peningkatan fotosintesis b) Penurunan suhu bumi c) Peningkatan gas karbon dioksida d) Peningkatan bekalan oksigen 5) Kesan rumah hijau berlaku apabila … a) Haba daripada matahari terperangkap di atmosfera b) Oksigen meningkat terlalu tinggi c) Air hujan tidak dapat menembusi tanah d) Angin monsun bertiup lebih kencang 6) Fenomena ais di kutub mencair berlaku disebabkan … a) Hujan asid b) Letusan gunung berapi c) Putaran bumi d) Pemanasan global 7) Kesan pencairan ais di kutub terhadap bumi ialah … a) Paras laut meningkat b) Bekalan oksigen bertambah c) Hujan berkurangan d) Tanah pertanian subur 8) Apakah kesan pemanasan global terhadap sektor pertanian? a) Tanaman lebih subur b) Air sungai semakin bersih c) Musim menuai lebih panjang d) Hasil pertanian berkurangan 9) Negara manakah yang berisiko tinggi menghadapi kesan kenaikan paras laut? a) Perancis b) Bangladesh c) Maldives d) Jepun 10) Apakah maksud tenaga boleh diperbaharui? a) Tenaga yang boleh diganti semula b) Tenaga daripada sumber fosil c) Tenaga yang boleh digunakan beberapa kali 11) Pengangkutan awam dapat mengurangkan pemanasan global kerana … a) Mengurangkan pelepasan gas rumah hijau b) Menambah bilangan kenderaan c) Mengurangkan jumlah penumpang d) Meningkatkan penggunaan petrol 12) Hujan asid boleh berlaku akibat … a) Kadar oksigen yang tinggi b) Pelepasan sulfur dioksida dan nitrogen oksida c) Air laut yang bersih d) Peningkatan karbon monoksida sahaja 13) Sektor manakah yang terjejas akibat perubahan corak hujan kesan pemanasan global? a) Perdagangan b) Perindustrian c) Pertanian d) Pelancongan 14) Protokol Kyoto ditandatangani untuk … a) Menggalakkan perdagangan antarabangsa b) Mengurangkan pelepasan gas rumah hijau c) Mengawal pembalakan haram d) Meningkatkan hasil pertanian 15) Antara berikut, manakah sumber tenaga hijau? a) Arang batu b) Minyak mentah c) Matahari d) Diesel 16) Tenaga suria digunakan untuk … a) Menjana elektrik b) Menghasilkan gas asli c) Menyimpan minyak mentah d) Membakar arang batu 17) Apakah yang dimaksudkan dengan kesan rumah hijau? a) Keadaan suhu bumi menurun mendadak b) Proses pengekalan haba dalam atmosfera c) Proses pelepasan oksigen d) Keadaan bumi tanpa lapisan ozon 18) Fenomena El Nino berkait rapat dengan … a) Kenaikan suhu laut Pasifik b) Penurunan suhu laut Atlantik c) Peningkatan hujan lebat di kutub d) Peningkatan ribut taufan di Eropah 19) Yang manakah contoh tenaga boleh baharu di Malaysia? a) Diesel b) Arang batu c) Solar d) Minyak mentah 20) Apakah kesan kenaikan paras laut terhadap negara pulau kecil? a) Pulau tenggelam b) Pulau semakin luas c) Suhu semakin rendah d) Bekalan oksigen meningkat

ULANGKAJI BAB 9 PEMANASAN GLOBAL

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?