1) Alat artikulasi yang manakah yang boleh digerakkan secara aktif? a) hujung lidah b) lelangit lembut c) gusi d) glotis 2) Yang berikut merupakan keterangan yang benar tentang vokal bahasa Melayu,kecuali a) kesemuanya bunyi bersuara b) kesemuanya merupakan vokal asli c) satu vokal membentuk satu suku kata d) dalam tulisan dilambangkan oleh empat huruf 3) Yang manakah perkataan yang dimulai oleh vokal depam dan diakhiri oleh vokal belakang ? a) erti b) atasi c) iaitu d) usaha 4) Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mengandungi bunyi vokal belakang separuh rendah ? a) kaut,bawa b) stor,blok c) ketuk,pintu d) bising,meriah 5) Yang manakah yang benar tentang bunyi vokal belakang separuh rendah ? a) pita suara tidak bergetar b) keadaan bibir hampir bundar c) udara keluar melalui rongga hidung d) lelangit lembut dan anak tekak diturunkan 6) Yang manakah perkataan yang mengandungi konsonan asli bahasa Melayu letupan bibir tak bersuara ? a) besi b) daki c) jalan d) pasir 7) Pita suara tidak digetarkan semasa menghasilkan bunyi konsonan a) [l] b) [k] c) [t] d) [n] 8) Perkataan berikut mengandungi konsonan pinjaman kecuali a) lafaz b) bayar c) maghrib d) vitamin 9) Yang manakah frasa yang mengandungi konsonan letupan lelangit lembut ? a) kacip gigi b) askar pencen c) awal tidur d) radio lama 10) Bunyi nasal akan berlaku apabila a) pita suara bergetar b) rongga tekak ditutup c) anak tekak dinaikkan d) hujung lidah dikebelakangkan 11) Yang manakah kesemua perkataanya tidak mempunyai konsonan pinjaman ? a) flora,zoologi,universal b) khasiat,zamrud,vitamin c) fasakh,ghaib,masyarakat d) mikrobiologi,mustahak,kimia 12) Yang manakah frasa yang menggunakan tanda sempang (-) dengan betul ? a) tinggi-lampai b) tahun 1990-an c) zaman pra-klasik d) menduduki tempat kese-ribu 13) Yang manakah pernyataan yang tidak menepati sebutan baku ? a) digunakan dalam semua urusan rasmi b) sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan c) untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi antara kaum d) sebutan yang betul menurut tatabahasa dan gaya bahasanya 14) Yang manakah bunyi vokal yang tidak dianggap sebagai vokal sebutan baku bahasa Melayu ? a) vokal tengah b) vokal depan tinggi c) vokal depan rendah d) vokal depan separuh rendah 15) Perkataan yang manakah yang tidak mengandungi vokal rangkap ? a) durian b) sahsiah c) beruang d) kempunan 16) Yang manakah perkataan yang menggunakan lambang fonetik dengan betul ? a) [n] b) /n/ c) (n) d) {n} 17) Perkataan yang manakah yang dieja dengan betul ? a) petision b) otomobile c) hierarki d) petrolium 18) Semua perkataan yang berikut mengandungi suku kata tertutup kecuali a) tanduk b) khasiat c) gandar d) tanding 19) Fonem /k/ akan berubah kepada /?/ pada perkataan yang berikut kecuali a) kritik b) katak c) masuk d) taklimat 20) Perkataan yang berikut mengandungi konsonan sengaun gusi kecuali a) tamat b) panas c) normal d) pantun

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?