1) Apakah maksud tauhid uluhiyyah? a) Meyakini Allah satu-satunya yang berhak disembah b) Meyakini sifat-sifat Allah c) Meyakini Allah sebagai Pencipta d) Meyakini hari akhirat 2) Apakah ayat al-Quran yang diucapkan Nabi kepada Abu Bakar ketika bersembunyi di Gua Thur. a) Surah Al-Baqarah, ayat 21 - "Wahai sekalian manusia, beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan sekalian orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertakwa". b) Surah At-Taubah, ayat 40 – “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.” 3) Jika seseorang meninggalkan solat dengan sengaja, apakah hukumnya menurut jumhur ulama? a) Kafir secara mutlak b) Wajib bayar fidyah sahaja c) Berdosa besar d) Berpuasa selama sebulan 4) Apakah hikmah solat berjemaah dari sudut sosial dan rohani? a) Hanya menambah pahala b) Memupuk ukhuwah, disiplin dan merendahkan ego c) Supaya imam dapat pahala lebih d) Dapat berkenalan dengan orang baharu 5) Sebelum dilantik menjadi Rasul, Nabi Muhammad SAW digelar Al-Amin. Bagaimana gelaran ini membantu dakwah baginda selepas kerasulan? a) Menjadi sebab orang Quraisy marah b) Masyarakat mudah percaya baginda c) Menjadi bukti baginda seorang pedagang sahaja 6) Rasulullah SAW tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Nyatakan satu contoh peristiwa yang membuktikan hal ini. a) Nabi memaafkan penduduk Taif walaupun disakiti b) Nabi menolak tawaran Abu Sufyan c) Nabi menolak hadiah sahabat d) Nabi berhijrah ke gua Hira' 7) Sunnah Rasulullah dalam menjaga kesihatan ialah… a) Tidak bersukan b) Berhenti makan sebelum kenyang c) Memaafkan orang yang menyakiti. d) Berpakaian kemas & sederhana. 8) Apakah peranan Rasulullah SAW sebagai khalifah dalam kehidupan seharian umat Islam? a) Hanya sebagai ketua negara b) memberi khutbah Jumaat c) Membimbing akidah, ibadah dan akhlak masyarakat

kuiz pameran cinta rasul

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?