1) Pilih ayat majmuk a) Saya suka makan nasi. b) Saya makan nasi kerana lapar. 2) Lengkapkan ayat: Saya mahu membeli kasut di kedai ______. a) Situ b) itu 3) Lengkapkan ayat: ______ adalah beg saya, bukan beg awak. a) Ini b) Sini 4) Isi tempat kosong: Nama saya Ariff. ______ suka membaca buku. a) Saya b) Aku 5) Isi tempat kosong: Ini Sara. ______ sedang bermain basikal. a) Kami b) Dia 6) Isi tempat kosong: Ali dan Abu bermain bola. ______ sangat gembira. a) Kalian b) Mereka 7) Pilih ayat tanya yang betul. a) Bilakah kamu mahu menangis? b) Mengapakah kamu mahu menangis? 8) Isi tempat kosong: “Dahlia, bolehkah ______ tolong saya?” kata murid itu. a) dia b) awak 9) Cari penjodoh bilangan: Ayah membeli dua ______ kerusi baharu. a) batang b) buah 10) Cari penjodoh bilangan: Ibu menggantung lima ______ baju di ampaian. a) keping b) helai 11) Cari penjodoh bilangan: Kakak membeli tiga ______ bunga ros. a) kuntum b) pasang 12) Cari penjodoh bilangan: Datuk menanam lima ______ pokok rambutan di tanah dusunnya yang luas. a) buah b) batang 13) Cari penjodoh bilangan: Nelayan yang sang at rajin itu berjaya menangkap sepuluh ______ ikan. a) pasang b) ekor 14) Lengkapkan ayat dengan kata hubung: Saya suka membaca buku ______ menulis cerita. a) sambil b) kerana 15) Lengkapkan ayat dengan kata hubung: Adik menangis ______ dia terjatuh. a) tetapi b) kerana 16) Lengkapkan ayat dengan kata hubung: Awak mahu makan nasi ______ mee? a) atau b) dan 17) Lengkapkan ayat dengan kata hubung: Saya hendak ke taman ______ hujan turun dengan lebat. a) tetapi b) sambil 18) Kenal pasti ayat perintah: a) Jangan berlari di dalam kelas. b) Cantiknya kelas kamu. 19) Kenal pasti ayat majmuk a) Dia membaca buku. b) Dia membaca buku tetapi adiknya menonton televisyen 20) Kenal pasti ayat seruan a) Wah, cantiknya bunga ini! b) cantiknya bunga ini.

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?