1) Antara berikut, pernyataan yang manakah menunjukkan kemahiran abstinen? a) "Kita dah lama berkawan. Kamu boleh pergi kafe dengan menaiki motor saya." b) "Kita tidak boleh minum berdua sahaja." c) "Saya lihat awak semakin cantik hingga saya asyik teringat pada awak." d) "Terima kasih. Saya juga ingin minum bersama awak." 2) Antara berikut, situasi yang manakah boleh menjerumuskan individu kepada seks bebas? a) Memakai pakaian yang sopan dan yang menutup aurat. b) Mempunyai teman lelaki atau perempuan yang istimewa. c) Menjaga kehormatan diri dan batas dengan rakan-rakan berlainan jantina. d) Hanya melawat laman web yang memberikan faedah. 3) Berikut ialah cabaran dalam mengamalkan abstinen, kecuali a) pengaruh guru b) pengaruh persekitaran c) pengaruh rakan sebaya d) pengaruh Internet dan media sosial 4) Pilih pernyataan yang betul tentang keldai dadah.  a) Perniagaan jual beli dadah yang dijalankan di luar negara b) Individu yang ditipu untuk membawa atau menjual dadah di dalam atau luar negara c) Urus niaga membeli dan menjual dadah yang menggunakan keldai untuk mengaburi pihak berkuasa d) Individu yang menggunakan helah dan tipu daya untuk meyakinkan orang lain membawa dadah miliknya 5) Berikut ialah kemahiran mengelak seks siber, kecuali a) patuh pada pegangan agama b) mempunyai jati diri dan motivasi yang kuat c) menghabiskan masa melayari laman sesawang lucah d) mempunyai pengetahuan tentang bahaya ketagihan seks siber 6) Individu yang mengalami kemurungan akan berasa a) marah, sedih, tiada motivasi dan kelesuan b) memberontak dan meluahkan perasaan di media sosial c) tidak sihat dan peningkatan berat badan yang mendadak d) sunyi dan tidak disayangi oleh keluarga dan orang di sekelilingnya 7) Berikut ialah kemahiran yang perlu ada pada ibu bapa dalam institusi kekeluargaan, kecuali a) kemahiran memasak b) kemahiran mendengar c) kemahiran berkomunikasi d) kemahiran berkata-kata kesat 8) Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang salah laku berkaitan dengan seks siber? a) Melakukan aktiviti riadah yang menyeronokkan bersama rakan b) Menghantar maklumat tentang keburukan seks siber kepada rakan c) Menghantar gambar, kata-kata atau isyarat lucah kepada individu yang menjadi sasaran d) Menghantar mesej berbentuk kata-kata semangat kepada rakan yang baru mengalami kemalangan

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?