1) Apakah maksud pergaulan bebas ? a) Pergaulan mesra antara keluarga b) Pergaulan tanpa batas dan kawalan nilai agama serta moral c) Pergaulan antara guru dan pelajar d) Pergaulan hanya di tempat awam 2) Faktor utama berlakunya pergaulan bebas dalam kalangan remaja ialah ... a) Disiplin diri yang kuat b) Pengawasan ibu bapa yang berkesan c) Dorongan rakan sebaya dan pengaruh media sosial d) Pematuhan kepada ajaran agama 3) Antara berikut, yang manakah kesan daripada pergaulan bebas ? a) Peningkatan kes jenayah seksual b) Kehidupan lebih teratur c) Terhindar daripada masalah sosial d) Hubungan keluarga semakin erat 4) Faktor manakah yang BUKAN punca utama pergaulan bebas a) Kurang didikan agama b) Kawalan diri yang lemah c) Rakan sebaya yang positif d) Semangat juang yang rendah 5) Abu ( bukan nama sebenar ) berasa bangga kerana ramai rakan perempuan mengajak keluar berdua-duaan. Apakah risiko yang mungkin berlaku jika dia teruskan tabiat ini ? a) Kehidupan lebih tenang dan berjaya b) Lebih fokus dalam pelajaran c) Lebih dihormati oleh masyarakat d) Terjebak dalam masalah sosial dan keruntuhan akhlak 6) Shahakimi ( bukan nama sebenar ) kerap mengikut rakan-rakan ke konsert sehingga pulang larut malam. Kesannya dia mula ponteng sekolah. Apakah kesan utama yang boleh berlaku jika keadaan ini berterusan ? a) Disiplin diri semakin kukuh b) Hubungan keluarga semakin kukuh c) Masa depan lebih cerah d) Prestasi akademik merosot

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?