1) Pasangan minimal wujud apabila: a) Dua perkataan mempunyai satu makna tetapi sebutan berbeza b) Dua perkataan berbeza satu fonem dan membawa maksud berbeza c) Satu perkataan diberi imbuhan, manakala satu lagi tidak d) Bunyi dalam perkataan berubah mengikut dialek 2) Manakah antara berikut merupakan suku kata tertutup sepenuhnya? a) ra + sa b) pan + tas c) ha + ri d) me + ja 3) Apakah perbezaan antara suku kata tertutup dan suku kata terbuka? a) Suku kata tertutup adalah suku kata yang berakhir dengan konsonan manakala suku kata terbuka adalah suku kata yang berakhir dengan vokal b) Suku kata tertutup adalah suku kata yang berakhir dengan huruf m/n manakala suku kata terbuka adalah suku kata yang berakhir dengan vokal c) Suku kata tertutup adalah suku kata yang berakhir dengan konsonan manakala suku kata terbuka adalah suku kata yang berakhir dengan konsonan d) suku kata tertutup dan suku kata terbuka adalah sama 4) Apakah kesan perubahan fonem vokal dalam pasangan minimal? a) Tiada kesan b) Perubahan makna perkataan c) Perubahan ejaan d) Perubahan ayat sahaja 5) Manakah yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup? a) ba + la b) si + nar c) ke + mas d) ha + ti 6) Apakah faktor variasi bebas? a) Pengaruh bahasa asing b) Diujarkan sebagai letupan tidak lepas c) Perbezaan bunyi minima d) Pengaruh bahasa asal 7) Dalam perkataan “tandas”, suku kata “das” mempunyai struktur: a) KVV b) VKK c) KVK d) VKV 8) Berikut adalah bukan suku kata tertutup kecuali... a) makan b) buku c) pen d) televisyen 9) Manakah antara berikut bukan contoh variasi bebas? a) [pad] dan [pat] b) [kata] dan [kada] c) [fajar] dan [pajar] d) [selamat] dan [salamat] 10) Pasangan perkataan “sakit” dan “sikit” menunjukkan perbezaan fonem pada: a) Vokal Akhir b) Vokal Awal c) Konsonan Awal d) Perkataan Akhir 11) Antara berikut, manakah bukan ciri suku kata? a) Mewakili unit sebutan dalam sesuatu perkataan b) Sentiasa mengandungi dua konsonan c) Boleh terdiri daripada vokal sahaja d) Digunakan untuk membentuk perkataan 12) Yang manakah bukan contoh variasi bebas dalam pertuturan bahasa Melayu? a) [kereta] dan [kretu] b) [rosak] dan [rosok] c) [lampu] dan [lampung] d) [siram] dan [seram] 13) Berikan definisi variasi bebas. a) Tidak mempunyai kebolehan untuk gantikan satu bunyi dengan bunyi lain dalam konteks tertentu tanpa mengubah makna perkataan. b) Mempunyai kebolehan untuk gantikan satu bunyi lain dalam konteks tertentu tanpa mengubah makna perkataan. c) Tidak mempunyai kebolehan untuk gantikan satu bunyi dengan bunyi lain dalam konteks tertentu dengan mengubah makna perkataan. d) Mempunyai kebolehan untuk gantikan satu bunyi lain dalam konteks tertentu dengan mengubah makna perkataan. 14) Antara berikut, yang manakah pasangan minimal dari aspek vokal akhir? a) [cakar] dan [cadar] b) [ulas] dan [alas] c) [padam] dan [padan] d) [batu] dan [bata] 15) Manakah yang bukan contoh variasi bebas berdasarkan loghat? a) [selamat] dan [salamat] b) [lembut] dan [lombut] c) [suka] dan [suko] d) [balik] dan [barik]

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?