1) Elemen terkecil dalam paparan imej pada skrin atau dalam bentuk cetakan dikenali sebagai a) bit b) piksel c) dpi d) bait 2) Gambar yang dirakam dan disimpan dalam bentuk pola-pola bit (0 dan 1) ialah a) gambar b) grafik c) imej digital d) imej analog 3) Imej digital terbentuk daripada bintik-bintik kecil yang dikenali sebagai a) bit b) piksel c) atribut d) resolusi 4) Resolusi sesuatu imej diukur dalam unit a) bit b) dpi c) bait d) piksel 5) Q merujuk kepada ukuran panjang dan lebar imej dalam unit piksel. Apakah Q? a) Bit b) Resolusi c) Dimensi d) Kedalaman bit warna 6) Apakah maksud kepada suatu imej digital yang mempunyai 100 dpi ? a) Imej ini memerlukan 100 bit untuk storan. b) Dimensi imej ialah (2x100) dpi, iaitu 200 piksel. c) Imej ini mempunyai 10,000 piksel seinci persegi. d) Imej ini mempunyai sebanyak 100 warna untuk perwakilan warnanya. 7) Format imej ini banyak digunakan di internet. Lazimnya digunakan untuk lukisan kartun yang mudah. a) GIF b) TIFF c) JPEG d) BMP 8) ______________ sesuatu imej merujuk kepada bilangan piksel yang terdapat pada imej tersebut. Ia diukur berdasarkan bilangan piksel dalam unit dpi (dots per inch). a) Bait b) Piksel c) Resolusi d) Dimensi 9) Tiga jenis ukuran yang lazim digunakan untuk membezakan dan mengukur saiz serta kualiti imej digital adalah seperti berikut : a) Piksel b) Resolusi c) Dimensi d) Kedalaman bit warna 10) Berapakah lebar imej berikut? a) 740.7kb b) 433 piksel c) 436 piksel d) 72 dpi

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?