1) Apakah maksud penyesuaian sosial dalam konteks perbezaan tahap status sosial pelajar di IPT? a) Keupayaan pelajar meniru gaya hidup rakan sebaya yang kaya b) Keupayaan pelajar mengubah status sosial mereka secara drastik c) Keupayaan pelajar menerima dan menyesuaikan diri dengan perbezaan status sosial secara positif d) Keupayaan pelajar menjauhkan diri daripada rakan yang berlainan status sosial 2) Apakah antara cabaran yang dihadapi oleh pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan di IPT? a) Tidak dapat bersaing dalam bidang akademik b) Terpaksa membeli gajet yang lebih mahal c) Tekanan sosial kerana jurang status dan gaya hidup d) Tidak dibenarkan menyertai aktiviti kampus 3) Apakah kepentingan utama penyesuaian sosial dalam kalangan pelajar IPT? a) Untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kompetitif b) Untuk membina persekitaran yang harmoni dan inklusif c) Untuk membentuk kumpulan eksklusif berdasarkan latar belakang d) Untuk menjauhkan diri daripada rakan berlainan budaya 4) Apakah hasil daripada penyesuaian sosial yang berjaya dalam kalangan pelajar IPT? a) Hubungan sosial yang eksklusif b) Persekitaran pembelajaran yang terasing c) Peningkatan perbezaan kelas sosial di kampus d) Pembentukan jaringan sosial yang sihat dan sokongan emosi 5) Apakah kemahiran penting yang perlu ada dalam penyesuaian sosial berkaitan perbezaan budaya? a) Keupayaan mempengaruhi orang lain untuk menerima budayanya b) Berfikiran terbuka dan menggalakkan persefahaman c) Kecekapan dalam bersaing dari segi kewangan d) Keinginan untuk tinggal bersama kumpulan etnik sendiri sahaja 6) Bagaimanakah pelajar dapat menunjukkan rasa hormat terhadap budaya lain di kampus? a) Mengelakkan diri daripada terlibat dalam perbualan silang budaya b) Menilai budaya lain berdasarkan pandangan peribadi c) Menghakimi amalan budaya yang tidak difahami d) Menerima perbezaan dan tidak menghakimi 7) Mengapakah pembentukan jaringan sosial dalam kampus dianggap sebagai manfaat daripada kepelbagaian budaya? a) Ia hanya membenarkan pelajar dari budaya sama untuk berkumpul b) Ia membuka peluang untuk menilai budaya orang lain secara negatif c) Ia menggalakkan pelajar untuk menyesuaikan budaya mereka sendiri kepada orang lain d) Ia membolehkan pelajar mengembangkan pemahaman dan menghargai nilai pelbagai 8) Bagaimanakah pelajar dapat mengatasi cabaran komunikasi antara budaya? a) Dengan memaksa rakan memahami budaya sendiri b) Dengan mengelak berkomunikasi dengan budaya lain c) Dengan mempelajari cara berkomunikasi secara terbuka dan sensitif d) Dengan menyalahkan perbezaan budaya sebagai punca konflik

PENYELESAIAN SOSIAL (TUTORIAL 2)

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?