1) Apakah nama Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah kepada umat manusia? a) Nuh b) Muhammad c) Isa d) Musa 2) Dibawah adalah sifat terpuji Nabi Muhammad S.A.W, KECUALI? a) Baik hati b) Penyayang c) Zalim d) Sopan 3) Apakah nama gua ketika Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu pertama? a) Hira' b) Tsur c) Tempurung d) Safa 4) Apakah penyebab utama Nabi Muhammad S.A.W mengasingkan diri ke gua Hira'? a) Musyrikin Mekah semakin teruk (Sesat) b) Nabi sengaja pergi berjalan c) Allah suruh d) Nabi tak sengaja sampai ke gua tersebut 5) Allah menghantar siapa untuk menyampaikan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W? a) Abu Bakar b) Umar c) Malaikat Israfil d) Malaikat Jibril 6) Dimanakah terletaknya Gua Hira'? a) Jabal Tsur b) Jabal Nur c) Jabal Abi Qubais d) Jabal Ayr 7) Berapa lamakah kebiasaannya Nabi Muhammad S.A.W akan beribadah di dalam gua tersebut? a) Malam sampai pagi b) Pagi sampai petang c) Petang sampai malam d) Malam sampai petang 8) Siapakah yang akan menyediakan bekal buat Nabi Muhammad S.A.W sepanjang berada di dalam Gua Hira'? a) Asma Abu Bakar b) Siti Khadijah c) Hindun Utbah d) Zulaikah 9) Berapakah tempoh Nabi Muhammad S.A.W berulang alik ke Gua Hira'? a) 3 Bulan b) 6 Bulan c) 9 Bulan d) 12 Bulan 10) Apakah surah yang perlu di baca oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika Malaikat Jibril memeluk Nabi? a) Al Fatihah b) Al 'Alaq c) Al Baqarah d) Al Shams 11) Apakah nama surah kedua ketika turunnya wahyu kedua kepada Nabi Muhammad S.A.W? a) Al Falaq b) An Nas c) Al Ikhlas d) Al Muddasir 12) Bagaimanakah Nabi Muhammad S.A.W berdakwah pada awal kemunculan Islam? a) Secara terang-terangan b) Secara rahsia c) Tak pasti d) Buat tak tahu 13) Kepada siapakah Nabi berdakwah pada awal kemunculan Islam? a) Keluarga, sahabat dan jiran terdekat sahaja b) Orang Madinah sahaja c) Bani Qainuqa sahaja d) Musyrikin Mekah sahaja 14) Siapakah perempuan pertama yang memeluk Islam? a) Hindun binti Utbah b) Asiyah c) Aisyah d) Siti Khadijah 15) Siapakah ahli keluarga Nabi Muhammad S.A.W yang pertama memeluk Islam? a) Saudah binti Zam'ah b) Abu Lahab c) Ali bin Abi Talib d) Abu Jahal 16) Berikut adalah sahabat Nabi Muhammad yang paling awal memeluk Islam, KECUALI? a) Abu Bakar b) Uthman bin Affan c) Saad bin Abi Waqqas d) Salman Al Farisi 17) Berikut di bawah adalah nama orang yang rapat dengan Nabi Muhammad S.A.W, KECUALI? a) Ali bin Abi Talib b) Abu Bakar c) Zaid bin Harisah d) Abu Lahab 18) Siapakah sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang sering membenarkan kata-kata Nabi dan mendapat gelaran As Siddiq? a) Uthman bin Affan b) Aisyah binti Abu Bakar c) Abu Bakar d) Tolhah bin Ubaidillah 19) Dimanakah pusat pengajian pertama pada awal kemunculan Islam secara rahsia? a) di rumah Al Arqam bin Abi Al Arqam b) di rumah Abu Bakar c) di rumah Ali bin Abi Talib d) di rumah Umar bin Abd Aziz 20) Berikut adalah nilai murni dalam awal dakwah Nabi Muhammad S.A.W, KECUALI? a) Berperilaku baik b) Perkara baik perlu dikongsi c) Bantu membantu d) Menzalimi orang lain

PTT Sirah KAFA Tahun 4 Objektif

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?