1) Apakah fungsi topeng muka? a) Melindungi hidung dan mulut daripda terhidu bahan kimia yang sengit b) Menjaga kebersihan diri c) Kelihatan profesional d) Melindungi mata daripada terkena bahan kimia berbahaya 2) Berapakah hasil tambah 3x + 4x ? a) 7x2 b) 12x c) 7x d) x7 3) Apakah yang dimaksudkan dengan resusitasi kardiopulmonari? a) Teknik menghembuskan udara ke dalam mulut mangsa b) Teknik menekan dan menyentak badan mangsa ke atas dari belakang c) Bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan dada dan hembusan udara ke mulut d) Bantuan kecemasan yang dilakukan untuk menyelamatkan mangsa yang tercekik 4) Sederhanakan: 5a - 3a +2b - b a) 2a+b b) 8a+3b c) 2a+2b d) 8a-b 5) Apakah fungsi termometer makmal? a) Menyukat suhu badan b) Menyukat suhu badan melalui dubur c) Menyukat suhu badan tanpa bersentuhan dengan badan d) Menyukat suhu cecair 6) Jika x=2 dan y=3, berapakah nilai bagi 2x + 3y ? a) 12 b) 13 c) 14 d) 16 7) Antara berikut, yang manakah bukan tonggak utama Dasar Teknologi Hijau? a) Sosial b) Ekonomi c) Politik d) Alam sekitar 8) Apakah istilah bagi ungkapan algebra berikut:7xy2 ? a) Pemalar b) Pemudah tunggal c) Pemudah berganda d) Ungkapan linear 9) Antara berikut, bahan yang manakah boleh dibuang ke dalam singki? a) Bahan reaktif b) Bahan buangan radioaktif c) Logam berat d) Asid yang mempunyai pH 5.5 10) Faktorkan x2 + 5x a) x(x + 5) b) (x + 5)(x + 5) c) x(x - 5) d) (x -1)(x + 5) 11) Mengapakah bahagian tengah dada ditekan menggunakan tapak tangan semasa melakukan CPR? a) Supaya jantung dapat mengepam darah dan menghasilkan peredaran darah b) Supaya makanan yang tersekat di saluran pernafasan tertolak keluar c) Supaya udara beroksigen dipaksa masuk ke dalam peparu d) Melancarkan aliran darah untuk membawa lebih banyak oksigen ke otak 12) Sederhanakan : 4(2x -3) a) 8x - 12 b) 8x + 12 c) 8x - 3 d) 2x - 12 13) Antara berikut, yang manakah ialah maksud titik nadi? a) Pengukuran bilangan degupan jantung per minit b) Darjah kepanasan dan kesejukan sesuatu badan  c) Tempat pada badan untuk merasai denyutan nadi d) Tekanan yang dikenakan oleh darah pada dinding salur darah 14) Ungkapan manakah yang setara dengan 6x + 2x - 4 ? a) 8x + 4 b) 8x - 4 c) 12x - 4 d) 4x - 4 15) Apakah kesan yang berlaku jika tapak pelupusan sisa pepejal tidak diurus dengan baik? a) Membebaskan gas rumah hijau b) Hidupan liar terancam c) Menyebabkan tanah berasid d) Menyebabkan jerebu 16) Jika a=3 dan b= -2, berapakah nilai bagi ab + 2a ? a) -12 b) 5 c) 0 d) 6 17) Apakah DNA? a) Terdiri daripada unit-unit asas yang dikenali sebagai nukleotida b) Struktur bebenang halus yang terdiri daripada asid nukleik dan protein c) Merupakan satu organel d) Unit asas pewarisan yang menentukan ciri-ciri individu 18) Apakah hasil darab (x + 2)(x - 3)? a) x2 - x + 6 b) x2 + 6 c) x2 - 5x + 6 d) x2 - x - 6 19) Nukleus sel tikus mengandungi 42 kromosom.Apakah nombor haploid tikus? a) 21 b) 22 c) 42 d) 84 20) Cari nilai x bagi persamaan 3x + 5 = 14 a) 4 b) 3 c) 5 d) 6

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?