1) 1. Perkataan yang manakah yang tidak mengalami proses pembentukan kata ? a) Jelajah b) Jejentik c) Jeriji d) Pelipis 2) Yang manakah kata terbitan ? a) berdikari  b) ketidakadilan c) mengalu-alukan d) berlari  3) Semua yang berikut merupakan kata majmuk kecuali a) kata kunci b) muka tembok  c) tompok tompok d) telefon dail terus  4) Kata berimbuhan yang manakah telah mengalami perubahan golongan kata? a) perumahan b) melemparkan c) meninggikan d) berkedudukan 5) Ayat yang manakah menggunakan kata kerja aktif transitif? a) mereka masih berdiri di tepi longkang b) kedua duanya sudah berdamai  c) budak membaling kayu kearahnya d) Padi atoknya sedang menguning di sawah  6) Perkataan yang manakah yang menggunakan imbuhan yang mempunyai alomorf? a) bersedia b) mengenai c) kehendak d) kematangan 7) Kata nama terbitan yang manakah mempunyai maksud banyak atau kumpulan? a) rangkaian b) juruterbang c) penyapu d) gantungan 8) Penggandaan ialah satu proses a) mencantumkan dua kata dasar atau lebih b) mengulang kata dasar secara seluruh atau sebahagian c) menggabungkan bahagian tertentu daripada serangkaian kata d) menambahkan apa-apa jenis imbuhan pada kata dasar yang se 9) Ayat manakah yang mempunyai perkataan yang mengandungi “ke-...-an” sebagai kata nama? a) Mejanya telah ketumpahan dakwat. b) Mereka sekeluarga kesedihan hingga kini. c) Gaya hidupnya yang keinggeris-inggerisan tidak disukai jiran. d) Banglo yang baru siap itu dijadikan kediaman untuk tetamu a 10) Bentuk kata yang berikut terbit daripada proses morfologi kecuali a) kata ganda b) kata majmuk c) kata tunggal d) kata terbitan 11) Perkataan yang manakah dibina dengan menggunakan tiga morfem? a) mendermakan b) Kemampuan   c) berselimut d) kesinambungan 12) ( Bayangan , Senyuman , Perjanjian ) Bentuk di atas termasuk dalam golongan a) kata nama am tak hidup institusi b) kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit c) kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang d) kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang 13) Pernyataan yang manakah benar tentang kata kerja? a) Boleh didahului oleh kata penguat b) Boleh dijadikan perintah dalam ayat minimal c) Merupakan unsur inti bagi binaan frasa nama d) Menjadi unsur pilihan dalam pembentukan frasa kerja 14) Kumpulan imbuhan yang dapat membentuk kata nama ialah a) ke-...-an, ber-...-an  b) per-...-an, ke-...-an c) -an, memper-...-i d) -kan, memper-...-kan 15) Yang manakah perkataan yang termasuk dalam kategori kata kerja keadaan? a) menjadi b) bercakap  c) membuka d) menjatuhkan 16) Yang manakah struktur yang menunjukkan kata adjektif darjah penghabisan? a) se- + kata adjektif + kata nama b) se- + kata adjektif + gandaan + kata nama c) sama + kata adjektif + dengan + kata nama d) lebih + kata adjektif + daripada + kata nama 17) Kumpulan perkataan yang manakah tidak tergolong sebagai kata utama? a) A dan, ladang, hulur b) B telah, sangat, jangan  c) tembok, indah, bungkus d) telah, sangat, jangan D kerana, walaupun, tumpah 18) Antara ayat yang berikut, yang manakah dapat menerima kata penguat? a) Nilai batu delima ini mahal.  b) Mereka bertolak sebentar lagi. c) Sekejap tadi kamu pergi ke mana d) Guru besar sekolah ini sedang bercuti. 19) Ayat yang manakah yang menggunakan kata lalu sebagai kata tugas? a) Fyfyana bangun lalu menjawab soalan guru itu. b) Ramli tidak lalu makan sebaik sahaja mendapat tahu dia ditahan polis. c) Mak Cik Leha sering menegur saya semasa saya lalu di hadapan rumahnya. d) Kebersihan kedai makan penting untuk menarik perhatian orang yang lalu  20) Perubahan golongan kata tidak terjadi dalam kata terbitan yang berikut kecuali a) lompatan b) melompat c) melarikan d) berlarian 21) Yang berikut benar tentang ayat, kecuali a) Mengandungi makna yang lengkap b) Dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan c) Mempunyai susunan subjek diikuti oleh predikat d) Unit ujaran yang paling tinggi dalam hierarki tatabahasa 22) Yang manakah ayat tunggal? a) Nataza cemerlang dalam segala bidang. b) Aiwa tiada di rumah tatkala kami sampai.  c) Kakak saya belum pulang sampai ibu risau. d) Budak itu masih bermain ketika hujan. 23) Yang manakah ayat yang mengandungi frasa kerja yang diikuti oleh keterangan cara? a) Penyakitnya sembuh dengan cepatnya. b) Kita perlu sayang akan ibu bapa kita. c) Fadilah bijak dalam semua mata pelajaran. d) Penternak itu mengikat sapi dengan tali. 24) Apakah persamaan utama ayat dasar dengan ayat tunggal? a) kedua-duanya bersusunan songsang. b) Kedua-duanya terdiri daripada ayat aktif sahaja. c) Kedua-duanya terbina daripada satu objek dan satu predikat. d) kedua-duanya merupakan ayat penyata 25) Yang manakah ayat yang mengalami proses peluasan melalui komplementasi? a) Abang membeli cincin untuk ibu. b) Untuk mereka berjaya sangat mudah. c) Ali ke rumah Mak Leha untuk mengambil kuih. d) Untuk menjaga maruahnya, Salim sanggup bersumpah. 26) Yang manakah ayat majmuk pancangan keterangan? a) Emak menyambut kepulangan kami sambil tersenyum. b) Andai kata mereka meminta bantuan setiap orang perlu membantu. c) Pihak polis sedang menjejaki ke mana penjenayah itu menyembunyikan diri. d) Ketua Pengarah Kesihatan menyatakan bahawa orang ramai perlu bersatu untuk  27) Yang manakah ayat aktif tak transitif berpelengkap? a) Alif berjanggut lebat. b) Pengantin sedang berdandan di bilik. c) Abang saya beristerikan gadis Korea. d) Dia suka berceramah dengan panjang leb 28) Yang manakah ayat yang tidak menepati pola FN + FK? a) Beberapa orang ahli persatuan bertelagah. b) Bapa saudara Zakaria tukang sapu sekolah. c) Hakisan tanah mengancam keselamatan penduduk. d) Kerajaan mengetatkan syarat kemasukan pekerja asing. 29) Yang manakah ayat pasif kata ganti nama diri yang betul? a) Dewan baharu itu kami belum bersihkan. b) Tidak pasti ke mana dibawanya pemuda itu. c) Saya sudah pun laporkan perkara itu kepada polis. d) Antara isu yang beliau fokuskan, termasuklah masalah rasuah. 30) Yang manakah ayat komplemen frasa adjektif? a) Mereka beranggapan bahawa cuaca di sana sejuk? b) Ramli menafikan bahawa dia penyebar berita palsu. c) Orang ramai yakin bahawa pemuda itu tidak bersalah. d) Pendatang asing datang mengugut penduduk kampung.

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?