1) Yang manakah perkataan yang mengalami proses pengimbuhan yang paling banyak? a) Keperihalan b) Keterbukaan c) Kepengetuaan d) Keberuntungan 2) Semua pernyataan berikut benar tentang morfem, kecuali a) unit tatabahasa yang terkecil yang mempunyai makna b) tidak semua morfem terdiri daripada kata c) merupakan unsur dalam pembentukan kata d) dapat dipecahkan kepasa unit yang lebih kecil yang mempunyai makna 3) Yang manakah bukan ayat songsang? a) Bilakah delegasi dari negara Jepun akan tiba? b) Adik lelakinya penulis novel remaja yang terkenal. c) Rajin benar pembantu rumah Puan Nataza itu. d) Pada minggu hadapan, Cik Zawiah menghadiri kursus 4) Yang manakah BUKAN ayar majmuk? a) Ain membaca manakala Aiwa yang kepenatan berehat. b) Perabot yang rosak itu dibaikinya kemudian dijualnya. c) Setiausaha mencatat nama ahli yang hadir yang memerlukan kenderaan. d) Motosikal anak penghulu itu telah terbakar di tepi jalan pada mingu lalu. 5) Yang manakah ayat yang tidak mengalami proses pengguguran? a) Pelari tinggi lampai itu adik bongsu saya. b) Bacalah soalan itu dengan teliti. c) Pemandangan itu amat mengagumkan. d) Menabung banyak mendatangkan kebaikan. 6) Kumpulan kata yang kesemuanya mengandungi kata terbitan. a) Jurutera, telangkai, pancaindera b) Kerempomg, parajurit, ketemu c) Maharaja, serigala, semenanjung d) Hulubalang, seberang, budayawan 7) Ayat yang manakah mengandungi kata hubung gabungan? a) Bagi meneyelesaikan masalah itu, kami perlu bersatu. b) Lantaran tidak mempunyai pekerjaan tetap, Hafiza terpaksa berjimat cermat c) Sementara menunggu ibu diperiksa doktor, isak menelefon rakannya. d) Walaupun cuaca tidak terlalu panas, remaja itu tetap berendam di dalam kolam. 8) Yang manakah ayat yang frasa kerjanya diikuti oleh frasa keterangan? a) Luka dikaki pemuda itu beransur pulih. b) Banyak pelancong dari luar negara suka berjemur waktu pagi. c) Kebanyakan rumah penduduk di luar bandar beratapkan zink d) Delegasi Malaysia ke persidangan tentang dadah itu diketuai oleh Menteri Luar. 9) Yang manakah bukan ayat terbitan? a) Encik boleh duduk di sini sebentar. b) Semua bil telah saya bayar semalam. c) Malam tadi kami pergi menonton wayang. d) Ibu menunggu bapa hingga malam semakin larut. 10) Yang manakah ayt aktif tak transitif dengan pelengkap? a) Pandangan beliau menyamai idea bapa saya. b) Wanita separuh umur itu berniaga barang kemas. c) Beberapa ekor buaya menyelam di dasar sungai itu. d) Kesemua pekerja tempatan sedang belajar di bengkel itu. 11) Yang manakah ayat yang mengandungi dua objek? a) Jalan raya di situ membantu kegiatan seharian penduduk kampung. b) Mereka menghulurkan buku program majlis itu kepada setiap peserta. c) Abang memberi ayah wang setiap bulan. d) Bandar itu pernah menikmati kemudahan perkhidmatan awam kereta api. 12) Yang manakah perkataan yang kata dasarnya terdiri daripada frasa sendi nama? a) Pengetua b) Mengedepankan c) Bekelengkapan d) Kemuncak 13) Nyatakan pasangan kata yang mengalami perubahan golongan katanya setelah kata dasarnya menerima imbuhan? a) Memikirkan, keagamaan b) Ustazah, hadirin c) Ketua, pendidikan d) Pemerian, kerajaan 14) Kata bantu + kata adjektif + kata adjektif a) Ketibaan rombongan melamar Nataza itu agak terlalu awal. b) Nadierah memang sungguh sibuk dengan perniagaannya. c) Adik saya tetap riang gembira walaupun letih. d) Buah nangka itu belum masak benar. 15) Yang manakah ayat yang mengandungi kata adjektif yang menjadi subjek dalam ayat? a) Sunyi sepi suasana di rumahnya. b) Besar tidak semestinya kuat. c) Nyaman udara di kampungnya. d) Cantik rumah usahawan muda itu. 16) Yang manakah ayat yang mengalami pendepanan frasa sendi nama yang berfungsi sebagai frasa keterangan? a) Pada waktu lapang abang suka melukis pemandangan. b) Dari seberang laut agaknya barang itu. c) Masih ada pada saya buku Matematik itu. d) Masih bersedih keluarga nahas pesawat itu sejak semalam. 17) Yang manakah pasangan kata yang kedua-duanya mengandungi tiga morfem terikat? a) Keterbukaan, mempertemukan b) Kemampuan, menterjemahkan c) Kecemerlangan, menggelembungkan d) Kegemilangan, mengebumikan 18) Yang manakah perkataan yang mengalami dua proses morfologi yang berbeza? a) Keterbukaan b) Mengemaskinikan c) Menyesuaikan d) Diperdengarkan 19) Yang manakah ayat yang kata adjektifnya membawa maksud ukuran? a) Muka ibu dan kakak sama-sama bujur. b) Hubungan Hafiza dan adiknya rapat sekali. c) Masa untuk menyiapkan kerja itu sudah hampir tamat. d) Buku tebal itu mahal harganya. 20) Yang manakah kata terbitan yang kata dasarnya terdiri daripada kata tugas? a) Merupai b) Mengenai c) Menyudahi d) Meyakini
0%
BAHASA MELAYU SEMESTER 2
Share
Share
Share
by
M8233006
Men. atas
BM
Tatabahasa
Edit Content
Print
Embed
More
Assignments
Leaderboard
Show more
Show less
This leaderboard is currently private. Click
Share
to make it public.
This leaderboard has been disabled by the resource owner.
This leaderboard is disabled as your options are different to the resource owner.
Revert Options
Quiz
is an open-ended template. It does not generate scores for a leaderboard.
Log in required
Visual style
Fonts
Subscription required
Options
Switch template
Show all
More formats will appear as you play the activity.
Open results
Copy link
QR code
Delete
Continue editing:
?