1) Yang manakah pernyataan benar tentang morfem terikat? a) Unit tatabahasa terkecil yang menjadi unsur ayat b) imbuhan dalam bentuk awalan dan akhiran pada kata akar c) tidak dapat berdiri sendiri tetapi mempunyai fungsi tatabahasa d) perlu dicantumkan dengan morfem bebas untuk membentuk kata dasar 2) yang manakah padanan yang betul bagi golongan kata,kata yang berhuruf condong dalam konteks ayat P dan Q? a) P:kata adjektif  Q:kata nama b) P:kata nama Q:kata adjektif c) P:kata adjektif Q:kata adjektif d) P:kata nama Q:kata nama 3) Yang manakah ayat yang menggunakan kata kerja berapitan meN-....-kan yang membawa maksud benefaktif? a) Peristiwa sedih itu menyedarkan kami semua. b) Pak Ngah membesarkan ruang tamu itu. c) Guru telah menjelaskan perkara sebenar kepada pelajar. d) Puan Salmah mencarikan anaknya buku yang hilang itu. 4) Yang manakah pernyataan benar tentang frasa? a) setiap frasa boleh diperluas. b) setiap frasa mempunyai inti. c) setiap frasa boleh menerima kata penguat. d) setiap frasa mempunyai unsur subjek dan prediket. 5) yang manakah ayat yang mengandungi frasa kerja tanpa pelengkap? a) Kami kerap bertemu semasa tinggal sekampung. b) Karim tidak mahu bertentang mata dengan orang itu. c) Salleh berkirim salam kepada rakannya melalui saya. d) Maria bertambah kurus setelah sebulan mengamalkan diet. 6) kata terbitan yang manakah yang betul penggunaan alomorfnya? a) mentertawakan b) menkritik c) menakrifkan d) mengkagumi 7) Ayat yang manakah yang mengandungi perkataan yang menggunakan imbuhan yang menunjukkan maksud bilangan tak tentu? a) Di tepi hutan itu kerap kelihatan sekawan rusa. b) Pada malam itu dia tidak dapat tiduk walaupun sejenak. c) tidak ekonomis untuk kita melaksanakan projek semahal itu. d) Hadiah pertama ialah wang tunai sejumlah dua ribu ringgit Malaysia. 8) Sewaktu ribut taufan pada petang semalam,dahan pokok sena itu telah patah.subjek bagi ayat tersebut ialah a) sewaktu ribut b) petang semalam c) dahan pokok sena itu d) ribut taufan 9) Panorama di tepi pantai pada sebelah petang sebelum waktu maghhrib amat mempesonakan kami.yang berikut ialah frasa keterangan bagi ayat tersebut kecuali a) di tepi pantai b) sebelum waktu maghrib c) pada sebelah petang d) amat mempesonakan kami 10) dalam ayat yang manakah frasa sendi nama berfungsi sebagai penrang? a) Ramai pelancong asing datang ke sini. b) Ayah budak itu tinggal tidak jauh dari sini c) Baju kebaya daripada kakak masih belum saya pakai d) Pada lazimnya,kerusi buatan tempatan tahan lama. 11) yang manakah ayat yang frasa adverbanya menerangkan frasa sendi nama? a) Kamu mesti bersedia untuk peperiksaan semester 2 ini. b) bungkusan itu di dalam laci,di sebelah kanan. c) dengan diam-diam mereka memasuki bilik makmal itu. d) Derma untuk anak yatim itu berjumlah rm3000 sahaja. 12) yang manakah ayat yang mengandungi binaan frasa tersebut? a) Kesihatan neneknya sudah baik sungguh. b) Peluang Salmah untuk melanjutkan pelajarannya sudah amat cerah. c) selendang yang dipakainya halus bagai sutera. d) Bilangan peserta yang menyertai pertandingan itu agak kecil sekali. 13) Yang manakah pasangan kata yang mengalami perubahan golongan katanya setelah kata dasarnya menerima imbuhan? a) Ustazah,hadirin b) Ketua,pendidik c) pemerian,kerajaan d) memikirkan, keagamaan 14) Yang manakah padanan yang betul antara jenis ayat majmuk gabungan dengan contoh ayatnya? a) I:P II:Q III:S IV:R b) I:Q II:P III:S IV:R c) I:R II:S III:P IV:Q d) I:S II:R III:Q IV:P  15) Ayat majmuk manakah yang salah susunan unsur-unsurnya? a) Yang itulah jawapan yang betul . b) Tuhanlah yang menentukan nasib kita. c) Pelajar itu yang baik hati disayangi semua. d) Yang memenangi peraduan itu ialah yang paling cantik. 16) Yang manakah ayat yang prediketnya mempunyai penerang? a) Dia suka berbelanja besar apabila ada wang. b) Kerajaan perlu membantu pelajar yang tidak mampu. c) Rumah itu disediakan majikan bagi memudahkan pekerja d) Dia kerap kecundang lantaran kurang mendapat bimbingan. 17) Yang manakah ayat yang diterbitkan melalui peluasan? a) Kami diminta berdiri sebelum doa dibaca. b) Setiap hari abang pulang lewat dari pejabat. c) Semua buah itu ialah buah-buahan tempatan. d) harga rumah bertingkat di bandar sangat mahal. 18) Belum menamatkan pengajian pelajar-pelajar itu.ayat manakah yang mengalami proses pendepanan? a) kata bantu dengan objek b) kata bantu dengan kata kerja c) kata bantu dengan kata kerja dan objek d) kata penegas dengan kata kerja dan objek 19) Jamal dan Kamil belia mithali.ayat tersebut mengalami pengguguran a) frasa kerja yang serupa b) frasa nama yang serupa c) frasa adjektif yang serupa d) frasa keterangan yang serupa 20) Yang manakah ayat yang tidak melalui proses penyusunan semula? a) Rumah itu belum dibelinya. b) Kamu selesaikanlah kerja saya. c) Petang semalam hujan amat lebat d) Telefon bimbitnya berdering sejak tadi. 21) Yang manakah padanan yang betul antara kata sendi nama dengan fungsinya? a) I:L II:K III:N IV:M b) I:L II:M III:K IV:N c) I:K II:N III:M IV:L d) I:K II:L III:N IV:M

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?