1) Mengapakah penting untuk menggunakan pelbagai jenis sumber dalam satu kajian ? a) Supaya hasil kajian lebih panjang b) Supaya pelajar tidak berasa bosan c) Supaya dapat menggunakan semua nota yang ada d) Supaya dapat membina pandangan sejarah yang seimbang dan menyeluruh 2) Ahmad merupakan seorang pelajar sejarah. Dia menggunakan pandangan dua tokoh sebagai rujukan bagi esei dia tetapi dua sumber memberi pandangan yang berlainan. Apakah yang patut dilakukan oleh Ahmad. a) Memilih bahan yang mudah difahami b) Mencari bahan sokongan yang menyokong hujah tokoh  c) Bertanya kepada rakan-rakan d) Terus menggunakan sumber tersebut kerana menarik 3) Apakah cabaran utama dalam menggunakan sumber lisan sebagai bahan kajian sejarah? a) Sumber lisan mudah didapati dan tidak perlu bukti yang sahih b) Sumber lisan sentiasa lengkap dan mempunyai dokumen sokongan  c) Sumber lisan hanya digunakan dalam kajian geografi bukan dalam sejarah d) Kisah yang disampaikan mungkin tidak tepat dan mempunyai pandangan yang berbeza 4) Seorang pelajar menemubual seorang sejarawan tentang penjajahan british di Tanah Melayu. Pada masa yang sama, pelajar itu menemubual seorang ahli sejarah tentang penjajahan british di Tanah Melayu. Apakah kelebihan utama menemubual dua orang sejarawan ini ?   a) Membolehkan pelajar menyalin maklumat terus tanpa dianalisis b) Mengurangkan keperluan mecari sumber sokongan lain c) Memberi peluang untuk memilih pandangan yang menarik d) Menganalisis pandangan yang sahih dan mencari sumber rujukan lain yang menyokong hujah sejarawan  5) Mengapakah penting untuk menilai dan menganalisis kesahihan sesuatu sumber sebelum menjadikan ia sebagai rujukan ? a) Supaya semua sumber boleh dianggap benar b) Supaya lebih mudah menyiapkan tugasan c) Untuk mengelakkan penggunaan maklumat palsu atau berat sebelah d) Supaya pelajar tidak perlu membaca banyak buku 6) Mengapakah kajian sejarah tanpa sumber yang sahih dianggap lemah ? a) Kerana ia sukar difahami oleh pembaca b) Kerana memberikan bukti yang tidak tepat dan tidak jelas c) Kerana ia tidak mempunyai illustrasi menarik d) Kerana ia berisiko menyampaikan maklumat palsu atau berat sebelah 7) Kenapa sumber sejarah seperti manuskrip, dokumen perjanjian dan diari tokoh sejarah penting ? a) Ia mudah disalin dan dikongsi dalam media sosial b) Ia memberi maklumat secara langsung daripada individu yang berada semasa peristiwa c) Ia lebih menarik berbanding dengan buku teks d) Menunjukkan pendapat ahli sejarah tentang sejarah 8) Apakah kepentingan utama sumber primer dalam kajian sejarah ? a) Menggantikan sumber sekunder dalam semua kajian b) Menyediakan taksiran moden terhadap peristiwa sejarah c) Memberikan maklumat terus daripada masa kejadian d) Menunjukkan pendapat orang moden tentang sejarah 9) Mengapakah penemuan artifak oleh arkeologi adalan penting dalam sejarah ? a) Artifak hanya sesuai untuk kajian sains bukan kajian sejarah b) Artifak boleh dijual untuk mendapatkan dana penyelidikan  c) Artifak digunakan untuk menghias muzium sahaja d) Artifak membantu untuk menjadi bukti kepada peristiwa yang berkali pada masa lampau 10) Mengapakah pelajar perlu merujuk pelbagai jenis sumber ? a) Supaya mempunyai idea yang banyak b) Memilih sumber yang menarik c) Supaya menggurangkan penggunaan buku teks d) Mendapatkan hujah yang tepat dan jelas

Jenis sumber dan kepentingan setiap sumber sejarah

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?