1) Apakah susunan yang betul bagi konsep dalam psikologi pendidikan yang bermula dari naluri hingga ke motivasi? a) Keperluan asas > Naluri > Desakan > Motivasi > Psikologi b) Psikologi > Naluri > Keperluan asas > Desakan > Motivasi c) Desakan > Keperluan asas > Naluri > Psikologi > Motivasi d) Psikologi > Keperluan asas > Motivasi > Desakan > Naluri 2) Apakah antara contoh keperluan keselamatan yang perlu dipenuhi dalam bilik darjah menurut Hierarki Keperluan Maslow? a) Pelajar diberi makanan ringan semasa kelas b) Pelajar diberi peluang untuk mencuba eksperimen sendiri c) Pelajar tidak dibuli dan berasa selamat semasa pembelajaran d) Pelajar mendapat pujian selepas menjawab soalan dengan betul 3) Antara berikut, yang manakah merupakan contoh motivasi intrinsik dalam pembelajaran Kimia? a) Menyertai pertandingan yang berkaitan dengan subjek Kimia untuk menang hadiah b) Belajar kimia kerana minat mendalam terhadap tindak balas bahan c) Menjawab soalan kuiz kerana ingin markah tambahan d) Menghafal fakta kerana guru menawarkan ganjaran 4) Mengikut teori Self-Determination oleh Deci dan Ryan, apakah tiga komponen utama yang menyokong motivasi pelajar? a) Keselamatan, penghargaan, kesempurnaan b) Autonomi, kecekapan, hubungan sosial c) Naluri, ganjaran, desakan d) Keperluan fisiologi, emosi, pemikiran kritikal 5) Sebagai seorang guru Kimia, bagaimana anda boleh memenuhi keperluan penghargaan pelajar dalam bilik darjah? a) Menyediakan suasana pembelajaran yang selesa dan berhawa dingin b) Memberi peluang kepada pelajar untuk tidur selepas eksperimen c) Memberi pujian dan pengiktirafan atas usaha dan pencapaian pelajar d) Memastikan pelajar tidak berbual semasa guru sedang mengajar

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?