1) Ayat yang manakah bersusunan biasa? a) Bersawah padi sudah tidak digemari anak-anak muda. b) Sudah bertahun-tahun kami tidak menziarahi keluarga di kampung. c) Perjanjian tersebut dibatalkan kerana kedua-dua pihak tidak berpuas hati. d) Sangat gembira Johari dan Nathan kerana dapat bertemu semula setelah 30 tahun berpisah. 2) Yang manakah ayat yang tidak mengalami proses pengguguran? a) Ravi bukan atlet lari jarak jauh tetapi atlet lari jarak dekat. b) Lelaki itu membaca surat khabar sementara menanti bas tiba. c) Bersenam dan bersukan dapat menyihatkan badan seseorang. d) Dia berjaya dalam peperiksaan walaupun kehidupannya miskin. 3) Ayat yang manakah yang mengalami pendepanan frasa sendi nama yang berfungsi sebagai frasa keterangan? a) Dari seberang laut barang itu agaknya. b) Masih ada pada saya buku karangan itu. c) Pada waktu lapang abang suka melukis pemandangan. d) Masih bersedih keluarga nahas pesawat itu sejak semalam. 4) Ayat yang manakah yang terdiri daripada ayat susunan songsang? a) Adik membacakan nenek surat itu. b) Rumah penginapan itu telah kami uruskan. c) Pemuda itu telah mendapat rawatan di klinik. d) Sebelum meneruskan perjalanan, kami makan di gerai itu. 5) Yang manakah ayat susunan biasa? a) Kematian anak bongsu wanita itu. b) Memang tertutup pintu itu sejak tadi. c) Semalam remaja itu kena saman di Paka. d) Hasrat ibu untuk ke Mekah tertunai juga akhirnya. 6) Ayat yang manakah yang merupakan ayat susunan songsang sebahagian daripada predikat? a) Telah berkahwin pada tahun lalu atlet terkenal itu. b) Atlet terkenal itu telah berkahwin pada tahun lalu. c) Pada tahun lalu atlet terkenal itu telah berkahwin. d) Pada tahun lalu telah berkahwin atlet terkenal itu, 7) Ayat yang manakah yang mengalami pendepanan kata bantu dengan kata adjektif? a) Belum bertunang lagi dua sejoli itu. b) Sudah besar anak teruna Puan Hasmah. c) Akan berkunjung ke sini pembantu menteri itu. d) Masih tenggelam kampung yang dilanda banjir besar itu. 8) Yang manakah ayat pasif yang bersusunan songsang? a) Belum berbasuh lagi baju batik ayah. b) Kucing yang manja itu dikejar anjing liar. c) Berdebar-debar dadanya menunggu keputusan STPM. d) Bakul yang berisi buah durian itu telah saya simpan di dalam stor. 9) Predikat (FS) + Subjek (FN) + Predikat (Keterangan).Struktur ini digunakan untuk membina ayat a) susunan biasa b) susunan songsang seluruh predikat c) susunan biasa dan susunan songsang d) susunan songsang sebahagian daripada predikat 10) Ayat yang manakah yang mengalami pendepanan kata bantu dengan kata adjektif? a) Sungguh besar rumah orang kaya itu. b) Masih sihat pengetua sekolah kami dahulu. c) Rajin murid kelas itu ketika hendak menghadapi ujian. d) Amat merdu sekali penyanyi itu mengalunkan lagu lama. 11) Berehat mereka di situ tadi.Ayat ini mengalami pendepanan a) kata kerja sahaja b) kata bantu dengan kata kerja c) kata kerja dengan kata objek d) kata kerja dengan kata bantu 12) Yang manakah merupakan pendepanan kata kerja sahaja ? a) Mekanik membaiki kereta di bengkel b) Menteri Pelajaran merasmikan majlis itu semalam. c) Bermain dia sepanjang hari. d) bank itu kena rompak semalam. 13) Yang manakah merupakan ayat pendepanan kata bantu dengan kata kerja ? a) Belum pernah melawat pelajar-pelajar itu ke situ b) Kanak-kanak itu bermain di padang. c) Murid-murid berarak pagi tadi. d) Maryam cantik sejak dulu. 14) Manakah yang merupakan pendepanan kata penguat dengan kata adjektif yang betul ? a) Lelaki itu tersangat miskin ketika itu. b) Sangat miskin lelaki itu ketika itu. c) Lelaki itu terpaling miskin ketika itu. d) Lelaki itu sangat amat miskin ketika itu. 15) Manakah ayat susunan songsang yang betul ? a) Bapanya jurutera b) Murid-murid sedang bermain c) Kereta itu cantik d) Rumahnya di Tunfuad 16) Ayat yang manakah merupakan pendepanan kata adjektif sahaja ? a) Maryam cantik sejak dulu b) Sejak dulu maryam cantik c) Cantik Maryam sejak dulu d) Dulu sejak Maryam cantik 17) Ayat manakah yang merupakan susunan biasa yang betul ? a) Ain sedang tidur b) Sedang tidur Ain c) Tidur Ain sedang d) Sedang Ain tidur 18) Belajar murid-murid hari ini.Ayat ini merupakan struktur ayat a) susunan songsang b) susunan biasa c) pendepanan sebahagian frasa adjektif  d) pendepanan kata kerja sahaja 19) Belum pulang bapa dari pejabat.Ayat ini merupakan struktur ayat a) pendepanan kata kerja sahaja b) pendepanan kata penguat dengan kata adjektif c) pendepanan kata bantu dengan kata kerja d) pendepanan kata bantu dengan kata adjektif 20) Ayat manakah yang menunjukkan pendepanan frasa sendi nama yang berfungsi sebagai frasa keterangan ? a) Bijak dalam semua mata pelajaran Taza b) Taza bijak dalam semua mata pelajaran c) Dalam semua mata pelajaran Taza bijak d) Taza dalam semua mata pelajaran bijak

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?