1) Apakah maksud pemikiran komputasional? a) Berfikir seperti komputer. b) Berfikir tentang komputer c) Proses pemikiran bagi tujuan menyelesaikan masalah 2) Teknik manakah yang digunakan untuk memecahkan masalah kepada bahagian lebih kecil? a) Leraian b) Pengecaman corak c) Peniskalaan d) Pengitlakan 3) Apakah tujuan pengecaman corak dalam pemikiran komputasional? a) Mencipta masalah baru b) Mencari persamaan dalam masalah c) Mengabaikan maklumat penting d) Mengubah masalah menjadi lebih sukar 4) Dalam teknik peniskalaan, apakah yang dilakukan? a) Menyimpan semua maklumat yang ada b) Menggunakan semua langkah tanpa saringan c) Mengabaikan maklumat yang kurang penting d) Menambahkan lebih banyak maklumat 5) Pengitlakan bermaksud a) penghasilan model penyelesaian masalah iaitu formula, teknik, peraturan atau langkah b) Memecahkan masalah kepada bahagian kecil c) Menyelesaikan masalah tanpa merancang d) Mengabaikan maklumat pentingfokus pada masalah yang lebih penting 6) Dalam kehidupan seharian, manakah contoh penggunaan leraian? a) Bermain permainan tanpa strategi b) Membeli barang tanpa senarai c) Menghafal semua nombor telefon d) Menyusun jadual belajar 7) Apakah manfaat utama pemikiran komputasional? a) Membuat kerja lebih sukar b) Bergantung sepenuhnya kepada teknologi c) Menyelesaikan masalah dengan lebih sistematik d) Masalah diselesaikan dengan tidak teratur 8) Apakah susunan proses pemikiran komputasional yang betul? a) Leraian → Pengitlakan → Peniskalaan → Pengecaman corak b) Leraian → Pengecaman corak → Peniskalaan → Pengitlakan c) Leraian → Pengitlakan → Peniskalaan → Pengecaman corak d) Pengitlakan → Peniskalaan → Pengecaman corak → Leraian

QUIZ ASK T1 PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?