1) ______________________ itu baru sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur a) Feri b) Kapal terbang c) Kapal d) Bas persiaran 2) Azizi membeli ______________ di sebuah kedai komputer yang terletak di pusat bandar a) tetikus b) kekisi c) lelabu d) kekuda 3) ____________________itu sedang mengajar Matematik di dalam kelas 5 Delima a) polis b) guru c) mekanik d) pensyarah 4) Perlawanan hoki itu akan berlangsung di __________________________Kuala Lumpur a) Stadium Negara b) Muzium Negara c) Parlimen d) Arkib Negara 5) Kucing kesayangan abang di beri nama ___________________ a) Si Jalak b) Si Merah c) Sang Belang d) Si Comel 6) ___________________ disambut oleh masyarakat India a) Hari Natal b) Deepavali c) Tahun Baru Cina d) Hari Raya Aidilfitri 7) "Bilakah_______________akan datang ke rumah saya?"tanya Rina kepada Swee Ling a) saya b) kamu c) kita d) kami 8) "_____________________akan mewakili sekolah dalam pertandingan berbalas pantun",kata Lili dan Siti a) kami b) awak c) saya d) dia 9) ___________merupakan raja yang amat dikasihi oleh rakyat a) dia b) beliau c) mereka d) baginda 10) Guru Besar merasmikan Hari Sukan._____________berharap semua murid menunjukkan semangat yang tinggi a) dia b) kalian c) beliau d) kita 11) Ibu sedang ______________ nasi di dapur a) menanak b) menggoreng c) merebus d) mengukus 12) Puan Jenny sedang _____________________ ikan yang dibeli oleh suaminya di pasar a) memotong b) menyiang c) mengikis d) meraut 13) Juita akan ___________ pelajarannya ke luar negara a) menjalankan b) meluaskan c) melanjutkan d) membesarkan 14) Zhi Ying ____________aktiviti sukan sekolahnya dengan menggunakan kamera digitalnya a) menulis b) melukis c) menconteng d) merakamkan 15) Adik _____________ bola itu masuk ke pintu gol a) melontar b) menyepak c) membawa d) menjunjung 16) Gadis yang ___________bekerja sebagai setiausaha a) cantik b) tampan c) hodoh d) gagah 17) Rasa buah mangga yang sudah masak itu sangat ___________________ a) pahit b) tawar c) manis d) masin 18) Ibu berasa amat ________________ apabila mendengar berita kemalangan itu a) gembira b) sedih c) marah d) teruja 19) Bau sampah yang dikumpulkan itu sangat ______________ dan meloyakan a) harum b) hancing c) hamis d) busuk 20) Sarah berjalan dengan _________ apabila melalui kawasan di hadapan rumah kosong itu a) pantas b) perlahan c) kencang d) deras 21) Pak Ali membelah kayu itu dengan se___________ kapak yang tajam a) laras b) batang c) bilah d) bidang 22) Puan Maimunah membeli beberapa __________petai di pasar a) papan b) ulas c) pucuk d) butang 23) Posmen itu menghulurkan se _________________surat kepada kakak a) helai b) pucuk c) lembar d) keping 24) Abang hendak membeli _________________ kasut sukan a) pasang b) sebuah c) sebiji d) senaskhah 25) Faiz membeli lima ___________________ jagung bakar di pasar malam a) biji b) batang c) tongkol d) longgok 26) Para peserta kem motivasi itu menerima sijil penyertaan _________________ guru besar a) untuk b) dari c) ke d) daripada 27) Ayah Hasrul bekerja di pejabat pos itu _________ lapan tahun yang lalu a) ke b) pada c) sejak d) dari 28) Hadiah-hadiah itu adalah _______________ pemenang bagi pertandingan melukis a) kepada b) untuk c) daripada d) dengan 29) Encik Murad membeli kain songket itu ______________ dihadiahkan kepada isterinya a) dari b) untuk c) di d) pada 30) Pulut panggang adalah ________________ makanan kegemaran ayah saya a) antara b) tentang c) untuk d) sebagai

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?