1) Seorang murid telah meminta maaf kerana dia terlanggar kamu tanpa sengaja semasa menuju ke kantin sekolah. Kamu akan ..... a) memarahinya kerana melanggar kamu b) memaafkannya kerana dia tidak sengaja melanggar kamu 2) Semasa hendak menonton persembahan teater di dewan sekolah, seorang murid telah duduk di kerusi paling hadapan, sedangkan kamu juga ingin duduk di situ. Kamu akan ..... a) mencari tempat duduk yang lain kerana masih banyak kerusi yang kosong. b) menyuruhnya mencari tempat duduk yang lain kerana kamu mahu duduk di situ. 3) Rakan kamu berpendapat bahawa poster Kempen Membaca sesuai ditampal di bahagian hadapan kelas, manakala kamu ingin menampal poster itu di bahagian belakang kelas. Kamu akan ..... a) menampal poster itu di bahagian belakang kelas tanpa mempedulikan pendapat rakan. b) bertanyakan ketua kelas tempat yang sesuai untuk menampal poster itu. 4) Guru memasukkan kamu ke dalam Kumpulan A, sedangkan kamu mahu menyertai Kumpulan B kerana kawan baik kamu ada dalam kumpulan tersebut. Kamu akan ..... a) menarik diri daripada menyertai aktiviti berkumpulan. b) menerima keputusan guru dan bergaul mesra dengan rakan-rakan dalam kumpulan tersebut.

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?