1) Apakah tenaga nuklear? a) Tenaga yang terhasil daripada Matahari. b) Tenaga yang terhasil daripada sumber organik. c) Tenaga yang terhasil daripada pembakaran bahan api fosil. d) Tenaga yang terhasil daripada tindak balas dalam nukleus atom. 2) Bagaimanakah tenaga nuklear dihasilkan? a) Reputan nukleus dan pembentukan nukleus b) Pembelahan nukleus dan pelakuran nukleus c) Pemecahan nukleus dan percantuman nukleus d) Pembebasan nukleus dan pemindahan nukleus 3) Proses pemecahan satu nukleus radioaktif yang berat kepada dua atau lebih nukleus yang lebih ringan dan stabil disebut sebagai a) Reputan nukleus b) Pelakuran nukleus c) Pembelahan nukleus d) Pembedilan nukleus 4) Pembelahan nukleus membebaskan tenaga yang lebih banyak berbanding dengan pelakuran nukleus. Betul atau salah? a) Betul b) Salah 5) Tindak balas berantai berlaku apabila pembelahan nukleus berlaku secara berterusan. Betul atau salah? a) Betul b) Salah 6) Dua nukleus kecil dan ringan seperti deuterium dan tritium bercantum dan membentuk satu nukleus yang lebih besar dan berat. Pernyataan ini merujuk kepada proses a) Reputan nukleus b) Pelakuran nukleus c) Pembelahan nukleus d) Pembedilan nukleus 7) Apakah unsur yang digunakan sebagai bahan api untuk tindak balas nuklear di dalam reaktor nuklear? a) Uranium-235 b) Hidrogen-3 c) Iodin-135 d) Karbon-14 8) Apakah fungsi rod pengawal boron? a) Menyerap haba b) Memperlahankan neutron c) Membebaskan tenaga haba d) Menyerap neutron yang berlebihan 9) Apakah fungsi moderator grafit? a) Menyerap haba b) Memperlahankan neutron c) Membebaskan tenaga haba d) Menyerap neutron yang berlebihan 10) Apakah fungsi rod bahan api uranium? a) Menyerap haba b) Memperlahankan neutron c) Membebaskan tenaga haba d) Menyerap neutron yang berlebihan 11) Apakah fungsi agen penyejuk? a) Menyerap haba b) Memperlahankan neutron c) Membebaskan tenaga haba d) Menyerap neutron yang berlebihan 12) Ciri manakah yang dibina untuk menyejuk dan mengkondensasikan stim menjadi air? a) Turbin b) Kondenser c) Perisai konkrit d) Penjana elektrik

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?