1) Kebiasaanya, pada peringkat umur berapakah set gigi ini mula tanggal? a) 5-6 bulan b) 10-11 bulan c) 5-6 tahun d) 21-22 tahun 2) Haiwan K bernafas melalui spirakel yang terdapat di bawah abdomen manakala haiwan L bernafas melalui insang. Antara yang berikut, yang manakah berkemungkinan haiwan K dan L? a) K: Lipas L: Udang b) K: Kucing L: Tikus c) K: Burung L: Katak d) K: Lalat L: Ikan paus 3) Flos gigi biasa digunakan dalam amalan menjaga kebersihan gigi. Apakah kegunaan flos gigi? a) Menjadikan gigi cantik b) Membantu memutihkan gigi c) Menolong mencegah sakit gigi d) Mengeluarkan makanan yang terlekat di celah gigi 4) Buah P berwarna terang, isinya boleh dimakan, bijinya keras sukar dicernakan. Bagaimanakah buah P dipencarkan? a) melalui air b) melalui haiwan dan manusia c) melalui angin d) melalui mekanisme letupan 5) Rajah menunjukkan gerak balas tumbuhan pada rangsangan. Apakah kesimpulan daripada penyiasatan? a) Pucuk bergerak balas terhadap air b) Akar bergerak balas terhadap air c) Tumbuhan itu mendapat nutrien yang cukup d) Akar bergerak balas terhadap cahaya matahari 6) Antara sifat berikut, yang manakah dapat membantu tumbuhan melindungi dirinya daripada angin kencang?  a) J dan K b) J dan L c) K dan L d) K dan M 7) Mengapakah manusia bergerak balas terhadap rangsangan? a) Untuk mengawal emosi gembira ataupun sedih b) Untuk mencari makanan c) Untuk melindungi diri daripada bahaya d) Untuk mendapatkan pasangan 8) Kedua-dua penyelam tersebut dapat bertahan di dalam air dalam masa yang tertentu sahaja. Antara berikut, yang manakah sebeb utama perkara tersebut berlaku? a) Air laut berasa masin b) Udara dalam air terhad c) Bekalan oksigen yang dibawa terhad d) Terdapat karbon dioksida yang terlarut dalam air 9) Apakah yang dimaksudkan dengan "tenaga yang tidak boleh diperbaharui"? a) Tenaga yang tidak boleh dijana semula kerana sumber terhad b) tenaga yang ditukarkan kepada tenaga elektrik c) tenaga yang digunakan untuk membuat kerj d) tenaga yang menggerakkan turbin pada kincir air 10) Sekotak jarum peniti telah terjatuh menyebabkan jarum-jarum peniti tersebut bertaburan di atas permaidani. Apakah cara terbaik yang boleh dilakukan untuk mengutip dan mengumpulkan kesemua jarum peniti di atas permaidani tersebut? a) Mengutip satu persatu jarum yang terjatuh b) Menggunakan sekeping magnet untuk mengutip jarum tersebut c) Menggunakan bola plastisin untuk mengutip jarum tersebut d) Menggunakan penyapu untuk membersihkan jarum daripada permaidani 11) Ayah Arman telah membeli sebilah gergaji. Antara berikut, apakah cara yang boleh digunakan oleh Ayah Arman untuk mencegah gergaji tersebut daripada berkarat? a) Menyadurkan gergaji itu dengan emas b) Menyapukan gergaji itu dengan minyak c) Mengecat permukaan gergaji itu d) Membilas gergaji itu dengan air sabun 12) Rajah menunjukkan satu objek yang digunakan untuk menghidupkan lampu basikal. Antara berikut, bentuk tenaga apakah yang terlibat ketika objek itu berputar? a) Tenaga kinetik b) Tenaga Suria c) Tenaga bunyi d) Tenaga keupayaan 13) Maklumat berikut adalah mengenai sumber tenaga X.  a) Arang batu b) Petroleum c) Biojisim d) Angin 14) Sally tidak membawa payung ketika hari hujan antara berikut yang manakah boleh digunakan untuk melindungi Sally daripada basah? a) Kertas surat khabar b) Sapu tangan c) Kerajang aluminium d) Buku 15) Rajah menunjukkan sejenis alat mainan. Apakah bentuk tenaga yang terhasil apabila alat mainan itu diregangkan? a) Tenaga kinetik b) Tenaga kimia c) Tenaga keupayaan d) Tenaga haba 16) Rajah menunjukkan pengaliran air terjun. Apakah perubahan bentuk tenaga yang terlibat semasa pengaliran air terjun tersebut? a) Tenaga keupayaan ➡️ Tenaga kinetik ➡️ Tenaga bunyi b) Tenaga kinetik ➡️ Tenaga keupayaan ➡️ Tenaga bunyi c) Tenaga keupayaan ➡️ Tenaga bunyi ➡️ Tenaga kinetik d) Tenaga kinetik ➡️ Tenaga keupayaan + Tenaga bunyi 17) Apakah sifat bahan yang digunakan untuk membuat tayar? a) Lutsinar dan keras b) Kalis air dan kenyal c) Keras dan kalis air d) Konduktor haba dan kuat 18) Perkembangan teknologi dari masa ke semasa memperlihatkan penciptaan dan penggunaan pelbagai jenis kenderaan bermotor. Antara berikut yang manakah merupakan kesan buruk daripada penggunaan kenderaan bermotor tersebut? a) kemusnahan flora dan fauna b) menjimatkan tempoh perjalanan c) menyebabkan masalah sosial d) meningkatkan pencemaran udara 19) Binokular merupakan satu alat yang dicipta untuk mengatasi had keupayaan untuk melihat. Apakah aktiviti yang paling sesuai untuk menggunakan alat ini? a) memerhatikan kulapuk pada roti b) memerhatikan burung yang terbang tinggi c) memerhatikan objek di sebalik tembok yang tinggi d) memerhatikan spirakel pada abdomen serangga 20) Bagaimanakah proses mengecat dapat mencegah pagar besi daripada berkarat? a) cat akan menguatkan struktur pagar besi b) cat diperbuat daripada bahan yang tidak berkarat c) cat boleh menjadikan pagar besi cantik dan tahan lama d) cat menghalang pagar besi daripada terdedah kepada air dan udara 21) Maklumat berikut adalah tentang satu penyiasatan yang telah dijalankan: Panjang asal objek T adalah 25cm. Panjang objek T adalah 30cm apabila beban digantung. Apabila beban ditanggalkan, panjang objek T kembali menjadi 25cm. Apakah sifat objek T? a) Kenyal b) Penebat elektrik c) Konduktor haba d) Kalis air 22) Saiz matahari adalah 400 kali lebih besar daripada saiz bulan. Apakah yang menyebabkan saiz matahari dan saiz bulan kelihatan hampir sama? a) bulan beredar mengelilingi bumi b) saiz bulan sama dengan saiz bumi c) saiz matahari lebih besar daripada saiz bumi d) jarak bumi ke bulan adalah lebih dekat berbanding jarak bumi ke matahari 23) Apakah yang akan berlaku jika bumi berubah kedudukan dengan planet Uranus dalam sistem Suria? a) saiz bumi akan bertambah b) suhu bumi akan berkurang c) orbit bumi menjadi semakin kecil d) isi padu air di bumi akan meningkat 24) raja menunjukkan aktiviti menggunakan kren di sebuah pelabuhan. Antara berikut yang manakah kebaikan penggunaan kren tersebut? a) memerlukan ramai pekerja untuk kerja-kerja pemunggahan Kontena besar ke dalam kapal b) boleh terus dibawa oleh kapal ke pelabuhan lain bagi tujuan menurunkan Kontena besar c) berkeupayaan mengangkat bebanan yang sangat berat dan menyusunnya ke dalam kapal d) menjimatkan kos penyelenggaraan 25) Antara berikut, yang manakah menunjukkan penggunaan teknologi?  a) b) c) d)

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?