1) Berikut merupakan langkah-langkah mencuci tangan dengan betul kecuali ; a) Basuh tangan dengan sabun dan air secukupnya b) Gosok setiap jari dan celah jari c) Basuh tangan hingga ke siku d) Keringkan tangan dengan kain yang kering dan bersih 2) Berikut merupakan penyakit yang tidak berkaitan dengan kuku yang kotor a) Keracunan makanan b) Demam Denggi c) Jangkitan kuman d) Jangkitan cacing 3) Pilih cara penjagaan mata yang betul a) Menggosok mata dengan tangan atau benda kasar b) Penggunaan sebarang ubat tanpa arahan c) Memakai cermin mata gelap jika berada di kawasan matahari terik d) Menonton TV secara dekat 4) Berikut merupakan amalan penjagaan gigi yang baik kecuali a) Mengamalkan pemakanan yang sihat b) Berus gigi setiap hari selepas makan dan sebelum tidur malam c) Kerap mengambil makanan manis d) Menggunakan flos gigi untuk membersihkan kawasan celah gigi 5) Berikut merupakan amalan penjagaan gigi yang tidak sihat kecuali a) Kerap mengambil makanan manis b) Tidak menggosok gigi c) Tabiat menghisap rokok d) Berkumur selepas makan 6) Pilih tanda-tanda demam denggi yang tidak betul a) Sakit teruk pada tulang, otot, sendi dan biji mata b) Sakit kepala c) Batuk d) Ruam merah di kulit 7) Berikut merupakan tempat pembiakan nyamuk kecuali: a) Gelas terbalik b) Alas pasu bunga c) Mangkuk tadahan susu getah d) Pam tandas 8) Berikut merupakan Cara-cara memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes, kecuali; a) Buang air dalam alas pasu bunga dan basuh sehingga bersih setiap minggu b) Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas simpanan air setiap 3 bulan c) Membiarkan air bertakung di tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes d) Terbalikkan bekas yang mengandungi air bertakung 9) Berikut merupakan prinsip pemakanan sihat kecuali: a) Utamakan makanan bijirin dan produk bijirin b) Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran c) Pengambilan gula yang berlebihan dalam makanan dan minuman d) Pilih makanan mengikut keperluan di dalam pyramid makanan 10) Apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan mental? a) Penyakit mental b) Keseimbangan Antara Fizikal, Mental dan Spiritual c) Kesihatan Fizikal d) Semua di atas 11) Pilih cara mengurus dan mengawal kesihatan mental dan emosi... a) Sentiasa berfikiran negatif b) Kurang tidur dan makan dengan tidak teratur c) Lalai dan tidak patuh dengan ajaran agama d) Sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat 12) Seorang rakan anda telah kehilangan ibubapa dalam sebuah kemalangan jalanraya. Berikut merupakan tindakan anda sebagai seorang rakan bagi mengelakkannya mengalami kemurungan, kecuali: a) Sentiasa berkomunikasi dengan rakan anda b) Mendengar luahan hati dari rakan c) Memulaukan rakan anda d) Sentiasa memberi semangat dan kata-kata positif kepada rakan anda 13) Apakah itu rokok? a) bahan yang mendatangkan kesan positif kepada pengguna b) bahan yang sedap untuk dihisap c) bahan beracun yang boleh memberikan kesan negatif kepada pengguna d) bahan yang boleh menyebabkan badan gemuk 14) Antara bahan berikut, yang manakah menyebabkan perokok menjadi ketagih? a) Ammonia b) Tar c) Karbon monoksida d) Nikotin 15) Antara yang berikut, yang manakah merupakan kesan jangka masa panjang merokok? a) kanser paru-paru b) gigi kuning c) nafas berbau d) sakit gigi

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?