1) Hukum mad terbahagi kepada dua iaitu Mad Asli dan __________ a) mad far'i b) mad faraq c) mad lazim harfi d) mad lazim kalimi 2) Antara berikut yang manakah huruf mad? a) Alif, jim, dan ya b) Ya, wau dan kho c) Mim dan Nun d) Ya, Alif dan Wau 3) Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kalimah. Berikut merupakan maksud __________ a) mad asli b) mad badal c) mad wajib muttasil d) mad jaiz munfasil 4) Pilih hukum mad yang dibaca dengan 4 atau 5 harakat a) Mad lin dan dan mad jaiz b) Mad jaiz dan mad a'ridh c) Mad wajib dan mad jaiz d) mad lin dan mad a'ridh 5) Apakah maksud 'As Sabiqun" a) Orang yang rugi b) Orang yang terawal c) Orang yang terdahulu d) Orang yang berusaha 6) Berikut merupakan antara sahabat yang dijanjikan syurga KECUALI a) Talhah bin Ubaidillah b) Zubair bin al-Awwam c) Abdul Rahman bin 'Auf d) Abu Tufail Amir 7) Siapakah golongan yang disebut dalam ayat a) Aus dan Khazraj b) Ansar dan Khazraj c) Muhajirin dan Ansar d) Muhajirin dan Aus 8) Muhajirin ialah penduduk Madinah yang beriman kepada Allah dan berhijrah ke Mekah a) Betul b) Salah 9) Maksud SAHABAT daripada segi istilah ialah sesiapa yang berjumpa dengan Rasulullah dan tidak beriman kepadanya a) Betul b) Salah 10) Berikut merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh Allah kepada para sahabat KECUALI a) Allah SWT meredhai para sahabat b) Allah memberi mereka kekayaan c) Para sahabat dijanjikan dengan kemenangan d) Allah memuji sifat lemah lembut dan kasih sayang sesama mereka 11) "Al - Fauzu" bermaksud a) kekayaan b) kecemerlangan c) kemenangan d) kemudahan 12) Berikut ialah nama lain bagi hari akhirat KECUALI a) yaumuddin b) yaumul hisab c) saiyidul aiyam d) yaumul qiyamah 13) Berlaku selepas tiupan sangkakala yang pertama. Pernyataan berikut merujuk kepada ___________ a) alam barzakh b) kemusnahan alam c) kebangkitan semula d) perhimpunan di Mahsyar  14) Tempat perhimpunan semua mahkluk yang dihidupkan semula dan dibangkitkan daripada kubur mereka a) Hisab b) Mizan c) Mahsyar d) Alam Barzakh 15) Tempat yang dipenuhi dengan azab yang disediakan untuk golongan kafir dan orang yang melanggar perintah Allah SWT a) syurga b) neraka c) kiamat d) barzakh 16) Pilih pernyataan yang BETUL tentang kesan beriman kepada hari akhirat a) Mengabaikan tuntutan syariat Islam b) Segera bertaubat setelah melakukan maksiat c) Bertangguh dalam melaksanakan urusan kehidupan d) Tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadat 17) Antara berikut, yang manakah TIDAK menepati maksud zakat dari segi bahasa? a) Suci b) Subur c) Berkat d) Kongsi 18) Orang yang hanya mampu menampung sebahagian sahaja daripada keperluan hidupnya a) fakir b) miskin c) fi sabilillah d) ibnus sabil 19) Apakah kelayakan bagi seorang amil yang layak menerima zakat sebagai asnaf? a) orang tempatan b) dilantik oleh pemerintah c) berusia 40 tahun dan ke atas d) mendapat sokongan ahli jawatankuasa masjid 20) Zakat terbahagi kepada berapa jenis? a) dua b) tiga c) lima d) empat 21) Berikut ialah harta yang diwajibkan zakat KECUALI a) galian b) perniagaan c) buah-buahan d) haiwan buruan 22) Apakah hukum mengeluarkan zakat fitrah selepas terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan? a) wajib b) sunat c) haram d) makruh 23) Kadar zakat bagi emas, perak dan mata wang ialah _______________. a) 25% b) 2.5% c) 0.25% d) 0.025% 24) Hukum melaksanakan solat sunat tahiyatul masjid adalah _____________. a) sunat b) wajib c) harus d) sunat muakkad 25) Sunat melaksanakan solat sunat tahiyatul masjid dan makruh duduk sebelum melaksanakannya a) al-Imam Hanafi b) al-Imam Ahmad c) al-Imam asy-Syafie d) al-Imam an-Nawawi 26) Berikut ialah hikmah menunaikan solat sunat tahiyatul masjid KECUALI a) mendapat pujian b) memuliakan masjid c) memupuk sifat rendah diri d) melatih diri supaya beradab 27) Solat yang dilaksanakan untuk meminta sesuatu hajat yang tertentu a) solat sunat taubat b) solat sunat tahajud c) solat sunat hajat d) solat sunat tahiyatul masjid 28) Berapakah bilangan rakaat yang disunatkan untuk melaksanakan solat sunat hajat? a) 2 hingga 6 rakaat b) 2 hingga 8 rakaat c) 2 hingga 12 rakaat d) 2 hingga 14 rakaat 29) Pilih persamaan yang TEPAT antara solat sunat hajat dan solat sunat tahiyatul masjid a) Dilaksanakan secara bersendirian b) Hanya dilaksanakan dua rakaat sahaja c) Berdoa memohon hajat selepas memberi salam d) Dibacakan surah al-Kafirun pada rakaat pertama 30) Dilantik menjadi muazzin pertama. Siapakah tokoh yang dimaksudkan? a) Abu Bakar b) Muaz bin Jabal c) Bilal bin Rabah d) Abdul Rahman bin Auf 31) Antara berikut, yang manakah sahabat yang meninggal dunia ketika usia belia? a) Muaz bin Jabal b) Bilal bin Rabah c) Khalid bin al-Walid d) Abdul Rahman bin Auf 32) Golongan Muhajirin, Wafat pada tahun 32 hijrah dan seorang hartawan. Siapakah beliau? a) Muaz bin Jabal b) Bilal bin Rabah c) Khalid bin al-Walid d) Abdul Rahman bin Auf 33) Berketurunan Bani Makhzum dan Digelar Saifullah. Beliau ialah? a) Muaz bin Jabal b) Bilal bin Rabah c) Khalid bin al-Walid d) Abdul Rahman bin Auf 34) Berikut ialah bukti kepahlawanan Khalid bin al-Walid KECUALI a) digelar sebagai Saifullah b) menyertai perang Mu'tah dan Yarmouk c) dilantik oleh Rasul sebagai pakar rujuk al-Quran d) Panglima bagi menentang nabi-nabi palsu pada zaman Sayidina Abu Bakar 35) Berikut ialah contoh komunikasi melalui perantara KECUALI a) emel b) surat c) radio d) bahasa isyarat 36) Kata-kata yang mulia, kata-kata yang baik, kata-kata yang benar. Merujuk kepada __________ komunikasi Islam. a) cara b) kesan c) prinsip d) hikmah 37) Berikut ialah masa yang tidak sesuai untuk menggunakan gajet KECUALI a) ketika menunggang motosikal b) ketika menziarahi sanak saudara c) ketika mencari maklumat tertentu d) ketika mendengar khutbah 38) Antara berikut, yang manakah BUKAN larangan ketika berkomunikasi? a) Bergosip b) Memfitnah c) Mengadu domba d) Saling menasihati 39) Antara hikmah beradab dalam berkomunikasi kepada individu ialah __________. a) dapat bertukar-tukar pandangan b) lahir individu berakhlak mulia c) hidup dalam keadaan aman d) menimbulkan kemesraan 40) Apakah maksud bermusafir dari segi bahasa? a) ziarah b) keluar c) berjalan d) melawat 41) ___________ memulakan perjalanan, kita hendaklah menyediakan bekalan yang secukupnya. a) Ketika b) Semasa c) Selepas d) Sebelum 42) Berikut ialah adab bermusafir KECUALI a) dengan bertujuan dan niat yang baik b) wajib memperbanyak doa sepanjang bermusafir c) sunat membaca basmalah sebelum keluar dari rumah d) segera kembali kepada keluarga setelah urusan selesai 43) Apakah tindakan anda sekiranya bermusafir melebihi tiga orang? a) melantik seorang ketua b) memelihara alam sekitar c) menyediakan bekalan yang cukup d) mengucapkan selamat tinggal keoada seluruh anggota keluarga 44) Antara berikut, yang manakah kelebihan bermusafir terhadap individu? a) boleh membaca doa naik kenderaan b) mengeratkan hubungan silaturrahim c) melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT d) Industri pelancongan bertambah maju 45) Hukum bermusafir ada _____________ bergantung pada niat dan tempat yang dituju. a) tiga b) lima c) enam d) empat

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?