Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan - Kamarul tabah menghadapi dugaan. Dia mula berubah sikap apabila terlibat dengan kemalangan. Dia mula sedar dan gigih menjalani latihan untuk memulihkan kecergasannya., Masyarakat yang menyayangi anak-anak - Sebagai ibu yang penyayang, Mak Jah prihatin akan perubahan sikap anaknya yang hanya diam membisu dan berperwatakan tidak seperti biasa. Selain itu, dengan penuh kasih sayang Mak Jah menjaga anaknya ketika Kamarul di hospital., Masyarakat yang prihatin dengan orang di sekeliling - Mak Jah prihatin akan perubahan sikap kamarul. Mak Jah mendapati wajah Kamarul tidak berseri selepas Kamarul pulang dari berjoging., Masyarakat yang insaf atas kesalahan yang telah dilakukan pada masa lalu - Kamarul insaf atas kesalahannya terhadap Encik Kadir. Dia memohon maaf atas segala kekasaran dan kesalahannya kepada Encik Kadir., Mayarakat yang bertimbang rasa - Encik Kadir seorang yang bertimbang rasa terhadap Kamarul. Walaupun beliau boleh melaporkan masalah disiplin Kamarul kepada pihak atasan, tetapi beliau masih memberi peluang kepada Kamarul untuk berubah., Masyarakat yang mempunyai semangat setia kawan yang tinggi - Kawan-kawan Kamarul melawatnya semasa dia berada di hospital setelah terlibat dengan kemalangan.Lawatan kawan-kawannya itu memberi satu semangat baru kepada Kamarul., Masyarakat yang mementingkan disiplin - Encik Kadir menasihati Kamarul dan para peserta negara yang lain tentang pentingnya disiplin. menurut beliau, peningkatan sebenar para atlet akan terserlah dengan disiplin yang tinggi., Masyarakat yang baik hati - Encik Kadir seorang yang baik hati. Walaupun Kamarul pernah menyakiti hatinya, Encik Kadir tetap menolong menghantar Kamarul pulang setelah keluar dari hospital. Encik Kadir memaafkan kesalahan Kamarul dan tidak berdendam dengannya.,

Kuiz Latar Masyarakat Novel Pelari Muda

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?