1) Haikal belajar dengan bersungguh-sungguh kerana dia mahu menyambung pelajaran ke _____ yang terkenal itu. a) pejabat b) sekolah c) universiti d) bangunan 2) Ibu Ali seorang kerani yang bekerja di _____. a) pejabat b) sekolah c) universiti d) bangunan 3) Karlina tersenyum ketika melihat gambar-gambar lama itu kerana dia teringat akan _____ lalu. a) rancangan b) kenangan c) bayangan d) impian 4) Nenek suka menonton _____ televisyen ini. a) rancangan b) kenangan c) bayangan d) impian 5) _____ Ali ialah menjadi seorang doktor yang berjaya. a) rancangan b) kenangan c) bayangan d) impian 6) Ayah memasang _____ di sekeliling kebun itu untuk mencegah binatang liar. a) siren b) pagar c) pintu d) loceng 7) Banyak _____ yang berterbangan mengelilingi lampu selepas waktu hujan. a) burung b) belalang c) kelekatu d) rama-rama 8) Warga asing pulang semula ke _____ asalnya setelah tujuh tahun bekerja di Malaysia. a) negara b) daerah c) bandar d) kampung 9) Beberapa orang pekerja di syarikat itu dikehendaki menghadiri _____ di Seremban selama tiga hari. a) pelajaran b) karnival c) aktiviti d) kursus 10) Jamatul mengunci _____ meja itu sebelum meninggalkan biliknya kerana ada barang berharga di dalamnya. a) laci b) lokar c) almari d) kabinet 11) Sebelum masuk ke dalam kawasan perumahan mewah itu, pelawat perlu menunjukkan kad pengenalan diri kepada _____ keselamatan. a) pegawai b) pembantu c) pengawal d) pengawas 12) Ibu membawa saya ke _____ untuk menyimpan duit raya yang saya terima. a) Pasar Raya Jimat b) Restoran Seri Bayu c) Bank Tabung Hajar d) Sekolah Kebangsaan Bahagia 13) Pembinaan _____ sebagai penghormatan kepada 11 riba perajurit yang gugur dalam peperangan. a) Putrajaya b) Tugu Negara c) Lembah Bujang d) Kota A Farmosa 14) Majlis Makan Malam Gala sempena 30 tahun pertubuhan syarikat itu telah diadakan di _____. a) Hotel Seri Bintang b) Pasar Raya Kejora c) Hospital Taman Harmoni d) Asrama Sekolah Raman Tun 15) Ayah menamatkan karier selepas 37 tahun berbakti sebagai pegawai _____. a) Polis Diraja Malaysia b) Angkatan Tentera Malaysia c) Sukarelawan Pertahanan Awam d) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 16) Sukan tahunan sekolah kami akan dirasmikan oleh guru besar di _____ pada pukul 8 pagi. a) Kantin Sekolah Seri Pagi b) Padang Sekolah Seri Pagi c) Makmal Sains Sekolah Seri Pagi d) Tapak Perhimpunan Sekolah Seri Pagi 17) "Barang yang _____ pesan akan saya hantar pada hari ini," kata penghantar barangan itu kepada kakak. a) kamu b) saya c) kita d) aku 18) Selepas selesai makan, _____ mengemas meja makan itu semula. a) kita b) saya c) beliau d) mereka 19) Lawatan _____ ke negeri Sarawak itu ditemani oleh Raja Permaisuri Agong. a) dia b) beliau c) beta d) patik e) baginda f) tuanku 20) Hanya _____ seorang sahaja yang tidak mengikuti lawatan sambil belajar itu. a) mereka b) beliau c) kita d) dia 21) "_____ ialah bos syarikat ini," kata Haris kepada pekerja baharu itu. a) Kita b) Beliau c) Dia d) Kamu 22) "_____ telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan hoki," kata Irfan dan adiknya kepada ibu bapa mereka. a) Kami b) Saya c) Kita d) Dia 23) "Rakan-rakan, _____ akan menerangkan langkah-langkah keselamatan dalam permainan bola sepak", kata Aiman. a) mereka b) beliau c) saya d) dia 24) Ayah berjanji akan membawa _____ sekeluarga bercuti ke Jepun. a) aku b) kami c) kita d) kamu 25) _____ kerbau sedang berkubang di dalam lopak air itu ketika matahari sedang terik. a) Sederet b) Sekawan c) Sepasukan d) Seangkatan 26) Juruwang itu mengambil beberapa _____ wang RM1.00 lalu memberikan kepada pelanggannya. a) keping b) pucuk c) cebis d) buku 27) Penjodoh Bilangan - roti a) keping b) pucuk c) cebis d) buku 28) Penjodoh Bilangan - surat a) keping b) pucuk c) cebis d) buku 29) Dua _____ permaidani yang sangat cantik terhampar di ruang tamu rumah Puan Dalina. a) helai b) keping c) gelung d) bidang 30) Juruacara majlis membaca dua _____ pantun sebelum mengakhiri majlis penyampaian hadiah. a) baris b) rangkap c) nashkah

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?