Harun, Swee Lan dan Saridevi bertugas di koperasi Sekolah Menegah Teknik Pertanian Sri Kayangan., Seorang murid ditangkap kerana ingin memasukkan sebatang pen ke dalam saku seluarnya tanpa membayar., Mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan untuk memilih jawatankuasa. Dalam mesyuarat ini, Razali terpilih sebagai Naib Setiausaha., Pemilihan Razali sebagai Naib Setiausaha ini telah menimbulkan perasaan cemburu dan dendam dalam hati Munir., Kedai Koperasi ini membuat perancangan untuk memajukan perniagaan dengan membina bangsal ternakan ayam telur yang terletak di hujung kawasan sekolah., Ahli lembaga koperasi sibuk menjalankan tugas mereka untuk membersihkan reban ayam dan bilik bacaan., Munir ponteng tugasnya sebagai ahli lembaga koperasi sekolah dan bermain bola di padang., Cikgu Zulkifli berjumpa Munir di padang. Beliau memberikan nasihat kepada Munir supaya dia menjalankan tugasnya sebagai ahli lembaga koperasi sekolah., Munir dipanggil oleh Cikgu Muniam ke bilik kerjaya. Dia bersama-sama Cikgu Zulkifli menunggu Munir di situ. Munir tidak puas hati kerana dia telah dipanggil untuk sesi kaunseling., Munir tidak puas hati kerana dia telah dipanggil untuk sesi kaunseling. Dia beranggapan Razali yang telah membuat aduan kepada cikgu kaunseling., Razali mengayuh basikal balik ke rumah pada waktu petang. Munir dan rakan-rakannya sedang menunggu ketibaan Razali pada jalan menuju ke rumah Razali., Razali dipukul dengan teruk., Apabila Pak Zakaria mengetahui bahawa Razali dipukul, beliau beranggap bahawa Razali suka bergaduh dengan orang lain., Pengetua telah mendapat aduan tentang perbuatan Munir yang memukul Razali. , Cikgu Syamsudin (Pengetua) telah memanggil mereka bertiga ke Bilik Pengetua. Cikgu Syamsudin merotan punggung Munir sebanyak dua kali., Pada masa yang sama Cikgu Zulkifli membawa berita gembira buat Razali iaitu Razali telah terpilih mengikuti kursus koperasi bersama-sama dengan wakil koperasi-koperasi sekolah seluruh Malaysia., Setelah seminggu kemudian, Razali balik ke sekolah semula. Dalam mesyuarat koperasi sekolah, Razali telah memberikan laporan ringkas tentang pengetahuan yang diperoleh daripada kursus itu., Cikgu Syamsudin juga mengemukakan usul, iaitu sama ada mereka akan menyertai pertandingan untuk memilih koperasi yang maju, berjaya dan baik pentadbirannya yang dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA)., Untuk membuat persediaan tentang pertandingan itu, semua ahli lembaga pengarah bergilir-gilir mengurus projek mereka., Pada malam itu , ada lembaga hitam membuka pintu dan menceroboh kedai koperasi itu. Keesokan hari, apabila Razali membuka pintu kedai koperasi itu dengan kuncinya, dia dan kawan-kawannya terkejut kerana semua barangan jualan mereka bertaburan di lantai dan wang sebanyak RM200 juga dicuri orang., Dua orang anggota polis telah datang ke kedai koperasi sekolah untuk membuat siasatan. Mereka mendapati pintu kedai itu tidak ada kesan dikopak orang. Mereka mendapati bahawa hanya Razali dan pengetua memiliki kunci koperasi itu., Munir dan Leong memberitahu Pak Zakaria bahawa Razali terlibat dalam kes kecurian kedai koperasi sekolah sehingga disiasat oleh pihak polis., Pak Zakaria amat marah dan hendak menghalau Razali keluar dari rumah., Cikgu Syamsudin sangat marah atas kejadian itu dan mengambil keputusan untuk memeriksa beg dan pakaian murid satu demi satu., Akhirnya Cikgu Hassan berjaya mengesan murid yang menceroboh kedai koperasi itu, iaitu Munir. Dari beg sekolah Munir, Cikgu Hassan telah mendapat kunci yang sama dengan nombor kunci kedai koperasi mereka dan sehelai wang kertas RM10.00 yang terdapat huruf ‘K’ ., Munir mengakui bahawa dialah menceroboh kedai koperasi untuk memfitnah Razali., Mengikut keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah itu, Munir akan dirotan di hadapan perhimpunan sebanyak tiga kali. Selain itu, Munir juga digantung persekolahannya selama seminggu., Munir meminta maaf kepada Razali, Pak Zakaria dan Mak Sopiah. Mereka memaafkan kesalahan Munir., Koperasi sekolah telah mendapat Johan dalam pertandingan ANGKASA..

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?