1) Atrium kanan membawa darah .. a) beroksigen b) terdeoksigen 2) Salur darah yang membawa darah yang terdeoksigen daripada seluruh badan ialah .. a) vena kava b) atrium c) vena pulmonari d) arteri pulomonari 3) Injap yang memisahkan antara atrium kanan dan ventrikel kanan dikenali sebagai .. a) injap sabit b) injap bikuspid c) injap trikuspid 4) Injap bikuspid memisahkan antara atrium .. dan ventrikel ... a) kiri b) kanan 5) Atrium kiri dan ventrikel kiri membawa darah ... a) beroksigen b) terdeoksigen 6) Injap berfungsi untuk.. a) memudahkan pengaliran darah b) mengelakkan darah kembali (backflow) 7) Vena kava superior membawa darah terdeoksigen daripada ... a) kepala dan bahu b) perut dan kaki 8) Bahagian yang memisahkan antara dua ventrikel dinamakan sebagai .. a) injap b) septum c) atrium 9) Sistem peredaran darah dalam rajah ialah sistem peredaran darah bagi .. a) Burung b) Mamalia c) Ikan d) Serangga e) Reptilia f) Amfibia 10) Bahagian manakah yang mengepam darah keluar daripada jantung? a) Ventrikel b) Atrium 11) Bahagian manakah pada jantung yang menerima darah daripada luar jantung ke dalam jantung? a) Atrium b) Ventrikel 12) Apakah jenis injap yang menghalang pembalikan darah daripada arteri pulmonari kepada ventrikel kanan? a) injap sabit b) injap trikuspid c) injap bikuspid 13) Apakah bahagian jantung yang membawa darah keluar daripada jantung ke seluruh badan? a) Vena kava b) Arteri pulmonari c) Vena pulmonari d) Aorta 14) Antara ventrikel kanan dan ventrikel kiri, yang manakah mempunyai dinding yang lebih tebal? a) Ventrikel kanan b) Ventrikel kiri 15) Yang manakah antara berikut mempunyai ketebalan dinding yang paling nipis? a) kapilari b) vena c) arteri 16) Lumen salur darah yang manakah paling kecil? a) Arteri b) Vena c) Kapilari 17) Yang manakah merujuk kepada saiz lumen yang besar, mempunyai injap dan dinding yang nipis? a) Arteri b) Vena c) Kapilari 18) Jururawat sedang memasukkan jarum branula ke dalam .. a) vena b) arteri c) kapilari 19) Salur darah yang membawa darah yang berkepekatan oksigen yang tinggi ialah .. a) arteri b) vena c) kapilari 20) Tandakan ciri-ciri kapilari darah. a) dinding setebal satu sel sahaja b) mempunyai injap c) membenarkan pertukaran bahan antara darah dan sel secara resapan d) mengangkut darah yang berkepekatan oksigen yang rendah e) mempunyai saiz lumen yang besar 21) Tandakan bahagian yang terlibat dalam sistem peredaran pulmonari. a) Peparu b) Seluruh badan c) Vena d) Vena pulmonari e) Jantung f) Arteri pulmonari 22) Tandakan bahagian yang terlibat dalam sistem peredaran sistemik a) Arteri b) Vena c) Arteri pulomonari d) Jantung e) Seluruh badan kecuali peparu 23) Tekanan darah ialah ... a) bilangan degupan jantung dalam masa seminit b) tekanan darah kepada dinding salur darah

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?