1) Apakah biodiversiti? a) Mikroorganisma b) Kepelbagaian organisma sama ada mikroorganisma, haiwan dan tumbuhan c) Kepelbagaian bahan mentah d) Sumber makanan untuk semua hidupan 2) Berikut merupakan kepentingan biodiversiti dalam kehidupan kecuali a) Pendidikan b) Pembinaan kereta elektrik c) Sumber bahan mentah d) Sumber makanan 3) Apakah yang dimaksudkan dengan spesies Endemik? a) Spesies yang hidup berkelompok di habitat yang terbatas di sesebuah lokasi tertentu b) Spesies haiwan yang mengancam hidupan lain c) Spesies yang mudah didapati di mana-mana lokasi d) Spesies yang unik tetapi membawa kepada ancaman kesihatan 4) Antara berikut, yang manakah contoh spesies Endemik? a) Orkid b) Cendawan c) Bunga Pakma d) Pokok Buluh 5) Apakah yang dimaksudkan dengan pemuliharaan in situ? a) Mengekalkan habitat asal seperti taman negara, hutan simpan kekal & taman laut b) Mengekalkan spesies haiwan atau tumbuhan secara terancange c) Menjaga habitat haiwan dan tumbuhan di mana sahaja d) Mengekalkan spesies di luar habitat asal seperti zoo & taman botani 6) Terdapat 2 kelas haiwan iaitu invertebrata & vertebrata. Manakah antara berikut adalah pengelasan haiwan invertebrata. a) Tanpa kaki & berkaki b) Bersegmen & tiada tulang belakang c) Bertulang belakang & bersegmen d) Lebih dari tiga pasang kaki & bertulang belakang 7) Cacing pita & cacing tanah termasuk dalam golongan kelas haiwan invertebrata yang berikut. a) Tanpa kaki b) Lebih dari tiga pasang kaki c) Badan bersegmen d) Bertulang belakang 8) Berikut merupakan contoh haiwan invertebrata lebih dari tiga pasang kaki kecuali a) Lintah b) Lipan c) Labah-labah d) Udang 9) Vertebrata merupakan haiwan yang mempunyai tulang belakang. Berikut merupakan pengelasan haiwan vertebrata kecuali a) Badan tanpa segmen b) Ikan c) Mamalia d) Burung 10) Ciri-ciri yang berikut terdapat pada haiwan vertebrata iaitu ikan kecuali a) Badan bersisik keras yang berlendir b) Bertelur c) Beranak d) Melakukan persenyawaan luar 11) Ciri-ciri yang berikut terdapat pada haiwan vertebrata iaitu Amfibia. a) Hidup di darat sahaja b) Bernafas melalui peparu dan kulit luar lembap c) Badan kering dan bersisik keras d) Beranak 12) Berikut merupakan contoh reptilia kecuali a) Ular b) Buaya c) Penyu d) Katak 13) Ciri haiwan tersebut adalah mempunyai badan yang dilitupi bulu pelepah dan melakukan persenyawaan dalam serta menghasilkan telur yang bercangkerang keras. Manakah haiwan dibawah yang sesuai dengan ciri yang dinyatakan. a) Buaya b) Cacing tanah c) Burung hantu d) Ular 14) Tumbuhan dikelaskan kepada dua kelas iaitu tumbuhan berbunga dan tidak berbunga. Berikut merupakan contoh tumbuhan tidak berbunga kecuali a) Lumut b) Konifer c) Paku-pakis d) Pokok padi 15) Tumbuhan dikelaskan kepada dua kelas iaitu tumbuhan berbunga dan tidak berbunga. Berikut merupakan contoh tumbuhan berbunga kecuali a) Konifer b) Pokok Padi c) Pokok Orkid d) Pokok Teratai 16) Ciri tumbuhan tersebut mempunyai satu bilangan kotiledon, berakar serabut, daunnya berurat selari dan kebanyakannya pokok berbatang lembut. Ciri ini mengambarkan tumbuhan yang berikut. a) Pokok padi & pokok jagung b) Pokok Tomato & pokok Durian c) Pokok Jambu & Belimbing d) Pokok padi & Pokok Orkid 17) Apakah yang dimaksudkan dengan haiwan Poikiloterma a) Haiwan yang terancam b) Poikiloterma ialah organisma yang mempunyai suhu badan berubah mengikut suhu persekitaran c) Haiwan berdarah panas d)  Organisma yang mempunyai suhu badan tidak berubah mengikut suhu persekitaran 18) Apakah yang dimaksudkan dengan haiwan Homoioterma a) Haiwan yang mempunyai suhu badan sejuk b) Suhu badan mengikut mangsa c) Haiwan yang suhu badannya bebas daripada pengaruh suhu persekitaran d) Haiwan yang kebal dengan suhu sejuk 19) Kekunci dikotomi bermaksud a) Pengelasan tumbuh-tumbuhan sahaja b) Kaedah yang digunakan oleh ahli biologi untuk mengenal dan mengelaskan organisma secara sistematik berdasarkan perbezaan dan persamaan c) Pengelasan haiwan berdarah sejuk & panas d) Pengelasan haiwan berkaki sahaja 20) Biji benih yang mempunyai sepasang kotiledon dipanggil sebagai a) Dikotiledon b) Tumbuhan berbunga c) Monokotiledon d) Tumbuhan tidak berbunga

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?