INVERTEBRATA - haiwan yang tidak bertulang belakang, HOMOIOTERMA - haiwan yang suhu badannya malar dan bebas daripada daripada pengaruh suhu persekitaran, POIKILOTERMA - organisma yang mempunyai suhu badan yang berubah-ubah mengikut suhu persekitaran, KOMENSALISME - interaksi dua organisma yang memberi manfaat kepada satu organisma sahaja tanpa memudaratkan atau menguntungkan organisma yang satu lagi, PERISTALSIS - proses pengecutan dan pengenduran otot esofagus untuk menolak bolus makanan masuk ke dalam perut, PATOGEN - organisma yang menyebabkan penyakit, FAGOSITOSIS - tindakan unjuran sitoplasma organisma unisel menelan dan mencerna makanan, KOLOID - campuran dua atau lebih zat terlarut yang tersebar secara sekata, DOPPLER - kesan _________ ialah perubahan frekuensi ketara yang disebabkan oleh pergerakan relatif sumber bunyi, pemerhati atau kedua-duanya, GALAKSI - satu himpunan jasad yang terdiri daripada jutaan bintang bersama gas, debu dan habuk, SUPERNOVA - letupan bintang yang menghasilkan jasad yang sangat cerah yang dihasilkan oleh plasma sehingga akhirnya menjadi lohong hitam, ZUHAL - planet keenam dari Matahari, planet kedua terbesar dalam sistem suria serta mempunyai cincin yang terdiri daripada ais, batu dan debu, SAPONIFIKASI - proses penghasilan sabun hasil tindak balas antara minyak dengan alkali, PENGESTERAN - tindak balas antara asid lemak dengan alkohol, MANGKIN - bahan yang mengubah kadar sesuatu tindak balas tetapi tidak mengalami perubahan kimia, PASCAL - Prinsip ____________ menyatakan bahawa penyebaran tekanan ke atas sesuatu bendalir dalam sistem tertutup adalah secara seragam ke semua arah, EPIGLOTIS - struktur rawan nipis di pangkal lidah yang menutup bukaan larinks semasa proses menelan makanan, TRANSPIRASI - proses pergerakan air dalam tumbuhan dan keluar melalui bahagian terdedah seperti daun, batang dan bunga, SEPTUM - dinding atau membran yang memisahkan dua rongga seperti lubang hidung dan atrium jantung, MEIOSIS - proses pembahagian sel membentuk empat sel anak yang mengandungi separuh bilangan kromosom sel induk,

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?