1) Gambar berikut menunjukkan perkhidmatan Feri Malaysia. Apakah matlamat pengenalan perkhidmatan tersebut? a) Mengintegrasikan penduduk b) Memajukan sektor perkapalan c) Mewujudkan peluang pekerjaan d) Menggalakkan pengangkutan air 2) Rajah berikut menunjukkan usaha ke arah kerjasama politik. Apakah kepentingan penubuhan jawatankuasa di atas kepada perkembangan sejarah negara? a) Peluang mentadbir negara b) Kesepakatan kaum dicapai c) Kebajikan setiap kaum diteliti d) Pengagihan ekonomi yang adil 3) Senarai berikut merujuk kepada langkah ke arah berkerajaan sendiri. Senarai tersebut merujuk kepada a) Sistem Ahli b) Malayan Union c) Majlis Perundangan Persekutuan d) Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum 4) Jadual berikut merujuk kepada Sistem Ahli. Apakah X? a) Pertanian b) Perlombongan c) Hal Ehwal Luar Negeri d) Hal Ehwal Dalam Negeri 5) Apakah bahasa pengantar yang dicadangkan dalam Laporan Barnes 1951? a) Bahasa Inggeris di sekolah menengah b) Bahasa Melayu atau Inggeris di sekolah rendah c) Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah d) Bahasa Cina atau Tamil di sekolah rendah dan menengah 6) Senarai berikut menunjukkan dasar pendidikan yang digubal di Tanah Melayu. Senarai tersebut merujuk kepada a) Penyata Razak 1956 b) Laporan Barnes 1951 c) Laporan Fenn-Wu 1951 d) Ordinan Pelajaran 1952 7) Apakah laporan pelajaran yang mencadang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa mangantar di sekolah menengah a) Laporan Barnes 1951 b) Ordinan Pelajaran 1952 c) Laporan Fenn-Wu 951 d) Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 8) Penubuhan Independence of Malaya Party (IMP) pada tahun 1951 memperjuangkan konsep a) Penubuhan pelbagai parti politik b) Kerjasama kaum dalam sebuah parti c) Kesepakatan kaum dalam pelbagai parti d) Perpaduan dicapai tanpa mengira parti 9) Gambar berikut menunjukkan Dato' Abdul Wahab Abdul Aziz. Apakah sumbangan beliau? a) Mengasaskan Parti Perikatan b) Mengetuai Persidangan Kebangsaan c) Membentuk pakatan PUTERA-AMCJA d) menganjurkan Konvensyen Kebangsaan 10) Jadual berikut menunjukkan peristiwa ke arah kemerdekaan. Apakah kepentingan peristiwa tersebut? a) Merintis kerjasama kaum b) Membentuk kerajaan berdaulat c) Mengukuhkan kedudukan British d) Mempertahankan hak istimewa peribumi 11) Apakah tujuan pembentukan Jawatankuasa Pilihan Raya bagi Majlis Mesyuarat Perundangan? a) Menuntut kemerdekaan b) Membentuk Kabinet pertama c) Meluluskan Ordinan Pilihan Raya d) Membuat cadangan tentang pilihan raya umum 12) Pilihan raya terawal di negara kita diadakan di a) Kuching b) George Town c) Johor Bahru d) Kuala Lumpur 13) UMNO Bahagian Kuala Lumpur dan MCA Bahagian Selangor telah bergabung pada pilihan raya peringkat a) Majlis Negeri b) Majlis Daerah c) Majlis Perbandaran d) Majlis Perundangan Persekutuan 14) Apakah kepentingan pilihan raya di negara kita? a) Menghalau penjajah British b) Menggalakkan kerjasama politik c) Menyedarkan rakyat tentang demokrasi d) Membolehkan rundingan kemerdekaan 15) Gambar berikut menunjukkan pilihan Raja Umum 1955. Mengapakah pilihan raya tersebut diadakan? a) Mencontohi birokrasi Barat b) Merintas jalan ke arah kemerdekaan c) Membebaskan diri daripada penjajahan d) Memenuhi desakan pemimpin tempatan 16) Apakah syarat untuk menjadi seorang pengundi? a) Lahir di Tanah Melayu b) Berumur 21 tahun ke atas c) Warganegara Persekutuan Tanah Melayu d) Berpengetahuan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris 17) Apakah tujuan pilihan raya berikut diadakan? a) Menjadikan Kuching sebagai bandar raya b) Memenuhi desakan pemimpin tempatan c) Merupakan persediaan awal ke arah berkerajaan sendiri d) Melibatkan penduduk tempatan dalam pentadbiran negeri 18) Apakah perubahan pada Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955 berbanding MPP 1948? a) 9 orang Residen mewakili negeri b) 2 wakil dari Melaka dan Pulau Pinang c) 52 ahli MPP dipilih melalui pilihan raya d) Ahli MPP dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi 19) Apakah kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955? a) Pemansuhan Sistem Ahli b) Pembentukan Kabinet Pertama c) Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri d) Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan 20) Apakah jawatan V.T. Sambanthan dalam Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu? a) Menteri Buruh b) Menteri Pelajaran c) Menteri Kesihatan d) Menteri Pengangkutan 21) Pernyataan berikut berkaitan dengan rancangan pembangunan ekonomi. Apakah agensi yang terlibat dalam merancang dasar tersebut? a) MKN b) MAPEN c) MARDI d) MAGERAN 22) Rajah di bawah berkaitan fungsi sebuah agensi kerajaan. Q merujuk kepada a) Majlis Amanah Rakyat (MARA) b) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) c) Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN) d) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) 23) Skim peneroka Felda turut memberi peluang kepada kaum India dan Cina. Apakah Felda yang menerima peneroka pelbagai kaum? a) Felda Umas b) Felda Keratong c) Felda Sendayan d) Felda Wilayah Sahabat 24) Apakah agensi yang terlibat dalam pembangunan wilayah? a) RISDA b) BERNAS c) KESEDAR d) KETENGAH 25) Senarai di bawah merujuk kepada dana unit amanah yang dilancar dalam DEB (Dasar Ekonomi Baru). Mengapakah kedua-dua program tersebut diperkenalkan? a) Memberi dana kepada penguasa kecil b) Meggalakkan orang ramai agar menabung c) Menyediakan pinjaman kepada bumiputera d) Menambahkan pemilikan modal saham bumiputera 26) Jadual di bawah berkaitan program yang dilancarkan dalam dasar pembangunan ekonomi. Apakah P? a) Pembangunan in-situ b) Pelaksanaan Buku Hijau c) Pembukaan wilayah baharu d) Pengenalan Dasar Pembangunan Nasional 27) Maklumat di bawah merujuk kepada usaha pembasmian kemiskinan. Apakah tujuan usaha tersebut? a) Meningkatkan taraf hidup b) Melahirkan tenaga kerja mahir c) Mewujudkan golongan pertengahan d) Mempertingkatkan produktiviti pengeluaran 28) Apakah dasar kerajaan untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan modal oleh sektor swasta? a) Dasar Penswastaan b) Dasar pelaburan Negara c) Dasar Kemajuan Ekonomi d) Dasar Pembangunan Swasta 29) Apakah pencapaian DEB dari aspek sosial? a) Peningkatan kualiti hidup  b) Penurunan kadar kematian c) Pembangunan kawasan perindustrian d) Perkembangan industri berteknologi tinggi 30) Apakah ciri utama Zon Perindustrian Bebas? a) Diberi pelepasan cukai b) Dibangunkan sebagai bandar terancang c) Disediakan pelbagai kemudahan percuma d) Dimajukan sepenuhnya oleh pihak kerajaan 31) Senarai berikut berkaitan parti politik di Tanah Melayu. Apakah parti politik tersebut? a) IMP b) UMNO c) parti Negara d) Kesatuan Melayu Muda 32) Apakah kesan sistem pendidikan vernakular semasa pentadbiran British? a) Meningkatkan taraf hidup peribumi b) Melahirkan masyarkat berkemahiran c) Menyatukan penduduk berbilang kaum d) Mewujudkan perbezaan pemikiran antara kaum 33) Bagaimanakah usaha kerajaan memperkasakan perpaduan kaum? a) Menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara b) Membentuk Dasar Sosioekonomi Kebangsaan c) Meneruskan sistem persekolahan vernakular d) Mewartakan pembentukan Majlis Muhibah Negara 34) Apakah yang boleh dikaitkan dengan kawasan berikut? a) Zon Bebas Cukai b) Zon Ekonomi Ekslusif c) Zon Perindustrian Bebas d) Industri Kecil dan Sederhana 35) Apakah mata pelajaran yang diperkenalkan dalam Laporan Rahman Talib untuk memperkukuh semangat kekitaan? a) Sejarah b) Tatarakyat c) Bahasa Inggeris d) Pendidikan Islam 36) Senarai di bawah menunjukkan sekolah di Malaysia. Apakah persamaan ketiga-tiga sekolah tersebut? a) Menempatkan pelajar golongan elit b) Menawarkan pelbagai kursus kemahiran c) Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar d) Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar 37) Mengapakah institusi berikut ditubuhkan oleh kerajaan? a) Memupuk perpaduan kaum b) Melahirkan tenaga kerja mahir c) Menggalakkan kemasukan pelajar asing d) Memperkasa kedudukan bahasa Melayu 38) Apakah prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan? a) Islam sebagai unsur yang penting b) Pengambilan aspek kebudayaan Barat c) Penerimaan unsur kebudayaan semua kaum d) Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang 39) Apakah kepentingan Sukan Malaysia (SUKMA)? a) memenuhi masa lapang b) Merapatkan hubungan antara negeri c) Mengeratkan hubungan antara kaum d) Menarik kedatangan atlet dari luar negara 40) Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan Rukun Negara? a) Meningkatkan taraf hidup b) Memberi kebebasan mutlak c) Mengandungi nilai kenegaraan d) Mengeratkan perpaduan antara kaum

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?