1) Bumi mengambil masa______ untuk melengkapkan satu paturan. a) 23 1/2jam b) 24 jam c) 30 hari d) 365 1/4 hari 2) Apakah fenomena yang dapat dikaitkan dengan kedudukan matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Sartan? a) Solstis musim sejuk b) Solstis musim panas c) Ekuinoks musim luruh d) Ekuinoks musim bunga 3) Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang Angin Sumatera? a) Bertiup pada lewat petang b) Dikenali sebagai bayu darat c) Membawa hujan lebat disertai kilat d) Bertiup dari bulan Mei hingga September 4) Mengapakah nelayan di pantai barat Semenanjung Malaysia dapat menjalankan kegiatan perikanan sepanjang tahun? a) Terlindung daripada tiupan angin monsun b) Menghadap tiupan angin lembap c) Kawasan perairan yang dalam d) Paras air laut tinggi 5) Apakah kesan apabila berlaku fenomena El nino? a) Banjir b) Kemarau c) Hujan lebat d) Penurunan suhu 6) Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang Pelabuhan Bintulu? a) Pintu masuk ke Semenanjung Malaysia b) Terminal kontena paling canggih di Malaysia c) Laluan tunggal eksport gas asli cecair negara d) Menyediakan perkhidmatan penyimpanan kargo berbahaya 7) Apakah stesen peesimpangan landasan kereta api antara pantai barat dengan pantai timur Semenanjung Malaysia? a) Gemas b) Tumpat c) Seremban d) Kuala Lumpur 8) Mengapakah jaringan jalan raya di Sarawak lebih tertumpu di sepanjang pantai? a) Kawasan pendalaman bertanah tinggi b) Mudah memperoleh bahan binaan c) Banyak kawasan pelancongan d) Kawasan pendalaman berpaya 9) Antara yang berikut, yang manakah amalan pengangkutan lestari? a) Penggunaan kereta sendiri b) Penggunaan petrol berplumbum c) Penggunaan pacuan empat roda d) Penggunaan pengangkutan awam 10) Stesen satelit bumi yang pertama di Malaysia dibina di a) Pulau Langkawi b) Cyberjaya c) Kuantan d) Sematan 11) Bagaimanakah kemajuan telekomunikasi membantu dalam pembangunan ekonomi Malaysia? a) Meluaskan perdagangan antarabangsa b) Meningkatkan kemahiran pekerja c) Meningkatkan taraf kesihatan pekerja d) Mempercepatkan kemasukan buruh asing 12) Perkhidmatan teleperubatan telah dilaksanakan di beberapa hospital di Malaysia yang bertujuan untuk a) memberi rawatan percuma b) mengurangkan kos perubatan c) memberi rawatan terbaik kepada pesakit d) menggalakan perkongsian kepakaran doktor 13) Apakah kepentingan penubuhan Koridor Raya Multimedia ( MSC)? a) Menggalakkan integrasi nasional b) Meningkatkan darjah ketersampaian c) Mengendalikan urusan perdagangan d) Memajukan industri teknologi maklumat dan komunikasi 14) Apakah kesan perkembangan telekomunikasi terhadap pembangunan negara? a) Urusan perbankan hanya dijalankan di bank b) Mewujudkan banyak peluang pekerjaan c) Merumitkan sistem pembelajaran d) Memudahkan aktiviti plagiat 15) Apakah ciri iklim yang mempengaruhi kegiatan manusia di kawasan iklim Gurun Panas? a) Hujan lebat sepanjang tahun b) Musim sejuk yang panjang c) Satu musim lembap yang nyata d) Panas dan kering sepanjang tahun 16) Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang iklim di Gurun Arab? a) Suhu rendah mengakibatkan wujudnya ibun b) Sering mengalami ancaman ribut salji c) Julat suhu tahunan 1 darjah celcious hingga 2 darjah celcius d) Hujan tahunan kurang daripada 250mm 17) Pernyataan yang manakah berkaitan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai? a) Terdiri daripada empat terminal b) Lapangan terbang terbaik di dunia c) Lapangan terbang termoden di dunia d) Hab penerbangan utama di Asia Tenggara 18) Pelabuhan yang manakah menjalankan operasi pemunggahan kargo di tengah laut? a) Pelabuhan Hong Kong b) Pelabuhan Singapura c) Pelabuhan Tokyo d) Pelabuhan Klang 19) Apakah sumbangan sistem pengangkutan terhadap pembangunan masyarakat di Asia? a) Pengangkutan yang selesa dan selamat b) Meminimumkan pencemaran udara c) Mewujudkan peluang pekerjaan d) Membuka petempatan baharu 20) Apakah faktor yang mempengaruhi amaln teknologi hijau dalam kehidupan harian? a) Suhu global semakin meningkat b) Harga peralatan hidup mahal c) Produk teknologi hijau murah d) Bekalan petroleum berkurangan 21) Bagaimanakah amalan berkonsepkan teknologi hijau meningkatkan kualiti hidup manusia? a) Kos hidup semakin meningkat b) Udara dan kawasan persekitaran lebih tercemar c) Keselesaan dan keselamatan masyarakat meningkat d) Menjamin bekalan barangan keperluan yang berterusan

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?