1) Berikut merupakan aktiviti-aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran udara berlaku, kecuali............... a) pembakaran terbuka b) pelepasan asap kotor oleh industri c) menaiki kenderaan bermotor d) menaiki basikal 2) Aktiviti pembakaran terbuka bukan sahaja boleh mencemarkan udara, tetapi ia juga boleh.................. a) memelihara alam sekitar b) menjernihkan air sungai c) memusnahkan flora dan fauna d) menyuburkan tanaman 3) Aktiviti perindustrian dan pembangunan juga salah satu faktor yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. a) betul b) salah c) tidak pasti d) kurang tepat 4) Berikut merupakan contoh-contoh kenderaan yang boleh menyebabkan pencemaran udara, kecuali.......... a) b) c) d) 5) Jerebu boleh terjadi disebabkan oleh............................ a) hujan yang berterusan b) pembakaran secara terbuka c) penanaman banyak pokok d) aktiviti pertanian yang banyak 6) Berikut merupakan faktor-faktor yang menyebabkan lapisan ozon di bumi semakin nipis, kecuali................ a) penggunaan pendingin hawa b) peningkatan bilangan kenderaan bermotor c) penggunaan peralatan cekap tenaga d) penggunaan peti sejuk 7) Aktiviti berjalan kaki, menggunakan pengangkutan awam serta amalan berkongsi kereta dapat membantu mengurangkan pencemaran....... a) udara b) air c) bunyi d) bau 8) Kesan rumah hijau ialah fenomena peningkatan suhu bumi akibat banyak haba yang terperangkap dalam atmosfera bumi. a) kurang tepat b) salah c) betul d) tidak pasti 9) Salah satu cara yang boleh dilakukan oleh manusia untuk mengurangkan pencemaran udara ialah................ a) mengurangkan penggunaan air bersih b) mengurangkan aktiviti di luar rumah c) mengurangkan penggunaan pendingin hawa d) mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor 10) Berikut merupakan aktiviti-aktiviti manusia yang menyumbang kepada pencemaran udara dan fenomena jerebu, kecuali....... a) merokok b) beriadah c) menaiki kenderaan bermotor d) membuat pembakaran terbuka

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?