Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai - Kita mestilah amanah dan bertanggungjawab atas setiap perkara yang kita lakukan, Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia - Kita mesti taat kepada Tuhan, ibu bapa, pemimpin dan kawan serta mempertahankan mereka sekiranya ada orang lain yang mengganggu, Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain - Kita mestilah menolong semua orang yang dalam kesusahan, Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan Pandu Puteri yang lain - Kita mestilah bersahabat dengan semua orang tidak mengira bangsa atau agama, Seorang Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun - Kita tidak harus menunjukkan kelakuan dan percakapan yang biadap terhadap orang lain terutamanya terhadap orang tua dan orang kelainan upaya, Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan sentiasa memelihara alam sekitar - Kita mestilah menolong haiwan jika ada haiwan yang tercedera atau memerlukan pertolongan, Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah - Kita harus sentiasa menurut kata dan perintah ibu bapa, guru atau pemimpin kita, Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan - Kita janganlah bersedih jika menimpa kesusahan atau kesidahan kita mestilah menghadapi cabaran itu dengan positif, Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat - Kita mesti bijak menggunakan wang, masa dan makanan tanpa melakukan pembaziran, Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan - Kita mesti pandai menjaga hati orang lain dan berhati-hati semasa bercakap atau bertindak.,

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?