Nyatakan perbezaan antara vertebra serviks dengan vertebra toraks. Vertebra serviks mempunyai cuaran spina pendek, sentrum ____, cuaran melintang ____ serta mempunyai sepasang foramen melintang. Vertebra toraks mempunyai cuaran spina yang ____, sentrum ____ tetapi lebih besar dan lebih____ daripada sentrum vertebra serviks. Cuaran melintang vertebra toraks juga lebih panjang tetapi tidak mempunyai foramen melintang. Mengapakah penting untuk organisma mengekalkan bentuk badannya? Bentuk badan adalah penting untuk ____ dan sokongan serta membolehkan ____ dalam badan berfungsi dengan lancar. Huraikan maksud postur yang baik. Mengapakah kita perlu sentiasa mengamalkan postur yang baik semasa melakukan sebarang aktiviti? • Postur yang baik ialah cara betul untuk duduk, ____, melutut dan apabila melakukan bentuk pergerakan badan yang lain. • Kita perlu sentiasa mengamalkan postur yang baik kerana postur yang baik memberikan sokongan yang ____ kepada sistem otot rangka, membantu ____ dan mengurangkan ____ pada otot-otot rangka serta mengelakkan ____ pada otot dan turus vertebra. Terangkan mengapa pengecutan otot memerlukan bekalan darah yang mencukupi. • Pengecutan otot memerlukan banyak tenaga ____ yang dihasilkan semasa respirasi sel. • Darah yang banyak diperlukan untuk mengangkut serta membekalkan oksigen dan ____ kepada sel otot. • Pada masa yang sama, darah akan mengangkut bahan buangan seperti karbon dioksida dan ____ keluar dari sel otot. Terangkan peranan vertebra semasa pergerakan badan berlaku. Vertebra menyediakan permukaan untuk ____ otot. Turus vertebra terdiri daripada banyak tulang vertebra yang dihubungkan antara satu sama lain dan ini membolehkan tulang belakang ____. Huraikan perkaitan vertebra toraks dengan mekanisme pernafasan. • Vertebra toraks mempunyai cuaran spina yang ____ dan cuaran melintang untuk perlekatan otot dan ligamen. • Vertebra toraks juga mempunyai dua ____ pada cuaran melintang untuk bersendi dengan tulang rusuk. Ini membenarkan tulang rusuk bergerak ke atas dan ke bawah. Persendian vertebra toraks kepada tulang rusuk membolehkan tulang rusuk bergerak ke atas dan ke bawah apabila otot interkosta ____ dan mengendur. Nyatakan dua ciri tisu tendon yang membolehkan tisu tersebut menjalankan fungsinya. Tidak ____ dan boleh ____ Sekiranya tisu tendon terputus akibat kemalangan, apakah masalah yang akan dihadapi oleh mangsa? Pergerakan pada sendi tidak ____ berlaku. Otot biseps tidak ____ pada tulang radius. Cadangkan sejenis makanan yang sesuai untuk seseorang yang patah tulang humerus. Jelaskan pendapat anda mengapa makanan ini dianggap sesuai untuk individu tersebut. ____, kerana mengandungi banyak ____ untuk pembentukan dan pertumbuhan tulang. Terangkan bagaimana pergerakan lengan berlaku. Apabila otot biseps ____, daya tarikan dipindahkan kepada tulang melalui ____. Tindakan ini menyebabkan tulang ____ ditarik ke arah atas dan lengan dibengkokkan. Pada masa yang sama, otot triseps mengendur. Huraikan bagaimana pergerakan kaki berlaku. •Tulang ____ yang besar dan panjang menambahkan kekuatan bagi menyokong berat badan. • ____ menghubungkan otot kepada tulang. • Tendon bersifat liat dan tidak ____. • Apabila otot ____, daya yang dihasilkan dipindahkan ke tulang melalui tendon. • ____ menghubungkan tulang kepada tulang. • Ligamen bersifat ____ dan kenyal. • Ligamen memberi sokongan kepada sendi untuk pergerakan. • Sendi ____ pada lutut dan sendi lesung pada lengkungan pelvis menghasilkan pergerakan. • Otot kuadriseps femoris dan otot biseps femoris adalah otot ____. • Apabila otot ____ atau otot ekstensor mengecut dan otot biseps femoris mengendur, kaki diluruskan. • Apabila otot biseps femoris mengecut dan otot kuadriseps mengendur, kaki ____. • Apabila otot betis mengecut, tumit kaki diangkat. • Pada masa yang sama, tapak kaki menolak ke bawah dan ke belakang. • Tindakan pengecutan dan pengenduran yang berulang-ulang ini menghasilkan pergerakan. Huraikan bagaimana sistem rangka cacing tanah dan ikan disesuaikan untuk gerak alih di habitat masing-masing. Gerak alih cacing tanah • Cacing tanah mempunyai rangka ____. • Cacing bergerak dengan bantuan perubahan____ hidrostatik dalam badan. • Otot ____ mengecut dan otot ____ mengendur secara antagonis. • Ini menyebabkan tekanan hidrostatik dipindah dari ____ ke ____. Gerak alih ikan • Mempunyai rangka ____. • Tulang ikan merupakan tempat perlekatan otot. • Otot miotom kiri mengecut dan otot miotom kanan ____ secara antagonis. • Ekor bergerak ke ____ dan ke ____ dan menghasilkan tujah ke hadapan. Terangkan langkah-langkah yang boleh diamalkan oleh seseorang untuk memelihara sistem otot rangka yang baik. • Pengambilan nutrisi yang seimbang, misalnya mengambil kalsium tambahan, ____, vitamin A, C, dan D. Vitamin D membantu penyerapan kalsium dan vitamin C meningkatkan jisim tulang. • Menggunakan pakaian yang selesa dan tidak terlalu ____. • Mengelak daripada memakai kasut bertumit ____. • Kerap ____ dan bersukan. • Mengamalkan teknik senaman yang betul dan selamat untuk mengelakkan kecederaan pada sistem otot ____. • Sentiasa mengamalkan ____ yang baik dalam semua aktiviti harian. Huraikan faktor-faktor yang boleh menyebabkan seseorang berisiko tinggi untuk menghidap penyakit osteoporosis. • Faktor usia: apabila usia seseorang meningkat, ____ tulang di dalam badan semakin ____ dan seterusnya, jisim tulang berkurang. • Faktor kekurangan hormon ____: osteoporosis lebih lazim di kalangan wanita yang telah putus haid kerana aras hormon estrogen berkurang selepas putus haid. Estrogen terlibat dalam metabolisme kalsium; hormon ini membantu badan menyerap kalsium dan mengurangkan kehilangan mineral kalsium. • Kurang bersenam: senaman dapat merangsang pengenapan ____. • Kurang pengambilan kalsium dalam ____ makanan. Tulang-tulang panjang dalam badan mamalia adalah berongga dan bukannya padat. Jelaskan kelebihan tulang berongga. Tulang yang berongga ____ berat badan. Tulang berongga juga kurang memerlukan bahan binaan seperti kalsium dan ____. Daya yang bertindak untuk mematahkan satu tulang berongga yang panjang tertumpu di ____ tulang. Oleh itu, tulang yang berongga di tengah adalah sama ____ dengan tulang yang padat. Burung terbang menggunakan sayapnya. Pergerakan sayap membolehkan burung menghasilkan daya tujah ke atas. Walau bagaimanapun, kebolehan burung untuk terbang bukan sahaja bergantung pada sayapnya tetapi juga pada sistem sokongannya. Jelaskan bagaimana sistem sokongan burung dapat membantunya terbang. Sumsum tulang burung adalah ____ dan tidak ____. Selain itu, ____ tidak tersusun padat. Oleh demikian, tulang seekor burung yang boleh terbang adalah lebih ____. Ini mengurangkan berat burung dan memudahkannya terbang. Penyelidikan terkini untuk merawat tulang patah termasuklah penggunaan bahan seperti tiub nano karbon sebagai perancah untuk pertumbuhan tisu tulang. Jika anda seorang ahli sains yang sedang mencari bahan baharu untuk merawat tulang rosak, apakah ciri-ciri yang mesti ada pada bahan baharu tersebut supaya dapat mengganti tulang yang patah? • Bahan baharu tersebut mestilah ____ namun kuat untuk menyokong berat badan. • Kos bahan juga tidak ____ dan badan pesakit tidak mengalami masalah penolakan. • Bahan tersebut boleh ____ selepas tulang sebenar tumbuh semula.

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?