1) Di manakah proses pengangkutan pasif berlaku dalam organisma? a) Sel haiwan b) Sel tumbuhan c) Kedua-dua sel haiwan & tumbuhan 2) Apakah definisi larutan isotonik? a) Larutan yang mempunyai kepekatan berbeza dan menyebabkan pergerakan bahan merentasi membran plasma dari kepekatan yang rendah ke kepekatan yang tinggi. b) Larutan yang mempunyai kepekatan yang sama dan menyebabkan tiada pergerakan bahan merentasi membran plasma. c) Larutan yang mempunyai kepekatan berbeza dan menyebabkan pergerakan bahan merentasi membran plasma dari kepekatan tinggi ke kepakan yang rendah. 3) Apakah maksud osmosis? a) Osmosis ialah proses pergerakan molekul air secara rawak dari kawasan kepekatan air yang tinggi ke kawasan kepekatan air yang rendah merentasi membran telap memilih. b) Osmosis ialah pergerakan rawak molekul atau ion dari satu kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berpekatan rendah iaitu dengan menurun kecerunan kepekatan sehingga keseimbangan dinamik tercapai. c) Osmosis ialah proses pergerakan molekul besar (asid amino, glukosa) dan bahan tidak terlarut lipid (molekul berkutub atau ion bercas) merentasi membran telap memilih 4) Antara berikut, yang manakah proses pengangkutan pasif dalam sel tumbuhan? a) Penyerapan air oleh sel akar rambut tumbuhan melalui osmosis. b) Penyerapan ion mineral oleh sel akar rambut tumbuhan. c) Pengangkutan sukrosa dari daun ke tisu floem 5) Apakah definisi larutan hipertonik? a) Larutan yang mempunyai kepekatan bahan terlarut yang rendah dan keupyaan air yang tinggi b) Larutan yang mempunyai kepekatan bahan terlarut yang tinggi dan keupayaan air yang rendah c) Larutan yang mempunyai kepekatan yang bahan terlarut yang sama dan tiada pergerakan bersih air

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?