1) "Tolong serahkan bungkusan ini ______ Encik Talib," kata kerani itu. a) ke b) kepada c) dengan d) terhadap 2) Semua murid memenuhi gelanggang badminton _________ menyaksikan perlawanan akhir _______ pasukan SJK(C) Sri Utama dengan SJK (C) Sin Min. a) dari... pada b) bagi... dari c) dengan... ke d) untuk... antara 3) Tan Fook sangat sayang _____ kucingnya yang bernama Si Tompok itu. a) akan b) kepada c) dari d) demi 4) Encik Bala dan keluarganya tinggal di Taman Damai _____ tiga tahun yang lalu. a) antara b) sampai c) dengan d) sejak 5) Pak Cik Wong menggembur tanah sawahnya _____ cangkul. a) pada b) daripada c) dari d) dengan 6) Tasha mengulang kaji pelajaran ______ Boon Heng di perpustakaan sekolah. a) dari b) oleh c) dengan d) demi 7) Encik Yong dan isterinya akan makan angin di Turki ______ bulan hadapan. a) pada b) kepada c) oleh d) di 8) Bangku simen yang terletak di tepi Tasik Jaya itu telah disumbangkan ______ Syarikat Bakti Sdn. Bhd. a) daripada b) oleh c) pada d) terhadap 9) Mekanik itu memberi penerangan _____ cara-cara memasang penapis petrol kepada pembantu baharunya. a) seperti b) dengan c) tentang d) daripada 10) "Jangan kita berprasangka buruk ______ budak lelaki itu," kata Helen kepada Fatin. a) terhadap b) dari c) akan d) pada

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?