1) Yang manakah berikut berkaitan dengan perlembagaan negeri-negeri di Malaysia  a) Ketua negeri menjalankan kuasa eksekutif negeri b) Dewan Undangan Negeri berkuasa menggubal akta c) Perlembagaan negeri tidak terikat dengan Perlembagaan Persekutuan d) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menjalankan kuasa eksekutif negeri 2) Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkuasa a) menentukan giliran Yang di-Pertuan Agong b) mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja c) mengesahkan semua keputusan Majlis Raja-Raja d) memberi penjelasan kemajuan negara kepada Yang di-Pertuan Agong 3) Apakah yang dimaksudkan Habeas Corpus a) Kebebasan bergerak b) kebebasan agama c) kesamarataan antara kaum d) membebaskan seseorang daripada tahanan pihak berkuasa  4) Yang manakah perkara-perkara berikut diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan a) Penangkapan ikan di sungai b) Perpustakaan,Muzium dan barang purba c) Penapisan akhbar tempatan dan luar negara d) Kelulusan dan pemberian lesen pembalakan 5) Perlembagaan persekutuan merupakan dokumen yang mengandungi a) semua undang-undang di Malaysia b) hak asasi rakyat bagi menjaga kepentingan mereka c) rakyat mendapat keadilan yang sama dalam semua bidang d) perkara-perkara yang berkaitan cara hidup sebagai warganegara 6) Perlembagaan Persekutuan merupakan a) Jaminan hak warganegara b) panduan mengadakan pilihan raya c) asas membentuk kehidupan harmoni d) panduan rakyat untuk hidup berjaya 7) Yang manakah merupakan ciri demokrasi negara Malaysia? a) Ketua negara dipilih melalui pilihan raya b) Pengundian pilihan raya dijalankan secara terbuka c) Yang di-Pertuan Agong boleh membatalkan pilihan raya d) Pemimpin parti yang mendapat majoriti dilantik Perdana Menteri l 8) Yang manakah kuasa perundangan Yang di-Pertuan Agong? i) Melantik Perdana Menteri. ii)  Memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen. iii) memanggil parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa. iv) tidak mempersetujui permintaan untuk membubarkan parlimen. a) I dan III b) I dan IV c) II dan III d) III dan IV 9) Tugas yang manakah memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja a) Melantik Perdana Menteri b) Memecat Ketua Hakim Negara c) Mengubah tatacara persidangan Parlimen d) Memperkenan sesuatu amalan agama islam 10) Yang manakah benar tentang kuasa dan kewajiban ketua audit negara? a) Pengauditan dan pelaporan b) Pelaporan dan pencetakan c) Pengeditan dan pelaporan d) Pemeriksa dan pengauditan 11) Yang manakah benar tentang tugas lain Yang di-Pertuan Agong? a) Boleh mengeluarkan Perisytiharan Darurat b) Boleh menjalankan tugas-tugas sebagai Raja Negerinya c) Boleh memegang apa-apa jawatan d) Boleh meninggalkan Persekutuan lebih daripada lima belas hari

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?