1) Penerimaan aktiviti seks bebas dan menulis apa sahaja pandangan. Prinsip di atas membuktikan hak asasi Barat lebih kepada mendukung a) hak-hak bersuara b) hak kebebasan mutlak c) hak kebebasan individu d) hak-hak kebebasan bersama 2) Pilih rintangan yang perlu dilepasi oleh Malaysia sebelum dapat memperluas pasaran produk negara? a) peraturan perdagangan yang ketat oleh negara maju b) kesediaan membuka pasaran yang rendah oleh negara maju c) permintaan tinggi oleh pengguna dari negara maju d) teknologi yang rendah dalam proses pengeluaran 3) Antara yang berikut, yang manakah merupakan strategi yang memungkinkan Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020? a) Aktif menyertai sebarang kerjasama dan pakatan ekonomi antarabangsa b) mengadakan dasar tertutup ekonomi c) mempelbagaikan barangan dan destinasi eksport d) menggabungkan pasaran dengan negara maju 4) Wujud kelemahan dalam sistem kewangan dan kaedah tukaran wang yang mewujudkan manipulasi. Sebagai alternatif terhadap isu ini, Malaysia mencadangkan a) menubuhkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) b) mewujudkan Bank Dunia yang mengawal kecairan wang c) persediaan kepada penerimaan Sistem Kewangan Islam d) penerimaan mata wang Kesatuan Eropah (Euro) sebagai alternatif kepada Dolar Amerika (USD) 5) Yang manakah merujuk kepada kewajaran Malaysia mempromosi Sistem Kewangan Islam sebagai alternatif? a) Dolar Amerika yang terlalu dominan menjejaskan kestabilan sistem kewangan antarabangsa b) selaras dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam sederhana c) mewujudkan imej yang positif kepada negara-negara Islam d) wujud penyelesaian dalam sistem ekonomi dunia 6) Yang manakah mewujudkan cabaran kepada Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) yang diasaskan oleh Malaysia melalui ASEAN? a) Sikap pro-Amerika oleh Singapura b) kekuatan hubungan Malaysia dengan negara Islam lain c) pendirian Malaysia yang condong menyokong China dalam isu Kepulauan Spratly d) ketegasan ASEAN yang mengutuk pendudukan dan keganasan Israel di bumi Palestin 7) Yang manakah mempengaruhi Malaysia dalam meningkatkan keupayaan sistem pertahanan negara? a) peruntukan pertahanan negara yang lebih maju berbanding negara jiran b) menghadapi China yang cenderung kepada menunjukkan kekuatan ketenteraan c) meningkatkan keupayaan negara mengawal sempadan dan kawasan perairan d) kesediaan negara kuasa besar membekalkan senjata kepada Malaysia 8) Pembelian melalui Pakej khas, kapal selam berteknologi tinggi dan meningkatkan keupayaan dalam sistem pertahanan cegah rintang. Selain pakej ini, kelebihan lain yang diperoleh negara melalui pembelian ialah a) peluasan pasaran komoditi negara b) latihan anak kapal secara percuma c) dapat bersaing dalam sistem pertahanan d) wujud pemindahan teknologi pembinaan kapal selam 9) Persaingan dengan minyak soya dan kesukaran memasuki pasaran negara maju. Apakah langkah yang diambil Malaysia dalam menghadapi cabaran ini? a) meningkatkan industri hiliran b) meliberalisasikan ekonomi negara c) mengadakan pembelian timbal balas d) bekerjasama dengan pengusaha industri lain 10) Yang manakah mempengaruhi tindakan agresif kerajaan China kebelakangan ini? a) keupayaan tenteranya memiliki kapal pengangkut jet pejuang b) dasar ekonomi yang semakin terbuka c) memiliki pasaran ekonomi yang kecil d) tenaga buruh yang besar 11) Peningkatan peluasan pengaruh Amerika Syarikat di rantau Asia Pasifik boleh menjejaskan kestabilan. Yang manakah mempengaruhi tindakan Amerika Syarikat? a) melengkapkan sistem persenjataan rakan ekonominya b) wujud peningkatan kekuasaan ketenteraan China c) Langkah Vietnam terhadap sekutu Amerika Syarikat di Asia d) Jemputan rakan sekutu di Asia 12) Negara-negara kuasa bbesar sering menghalalkan tindakan mereka menceroboh negara lain. Tiada kuasa dapat menghukum mereka. Oleh itu, Malaysia menggerakkan usaha "menentang" tindakan kuasa besar ini dengan a) mengadakan demonstrasi di kedutaan negara terlibat b) menggerakkan sentimen antiperang dalam kalangan masyarakat c) mempengaruhi PBB menguatkuasakan keputusan Mahkamah Jenayah Perang d) mendesak Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengambil alih keputusan Mahkamah Perang 13) Peristiwa yang manakah menggambarkan kekuatan diplomasi Malaysia? a) rundingan di Acheh b) Perjanjian di Selatan China c) Kemasukan bantuan kemanusiaan di Myanmar d) kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza, Palestin 14) Antara yang berikut, yang manakah menggambarkan kepentingan perjanjian antara kerajaan Filipina dengan Bangsamoro? a) fokus kepada usaha menegakkan undang-undang b) fokus kepada usaha membangunkan ekonomi Bangsamoro c) menyelesaikan masalah penghijrahan penduduk Selatan Filipina d) menyelesaikan konflik yang menyebabkan banyak pertumpahan darah 15) Yang manakah usaha Malaysia dalam meningkatkan kedudukan ekonomi negara Islam? a) menganjurkan forum Ekonomi Islam Dunia b) mengadakan forum berkaitan ekonomi Islam di negara Islam c) memperkenalkan sistem ekonomi negara untuk diikuti negara-negara Islam d) mencorakkan sistem perdagangan dunia dengan menyerap sistem ekonomi Islam

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?