1) Apakah kegunan skala dalam sesebuah peta? a) Menentukan jarak sebenar di antara dua tempat b) Menentukan ketinggian sesuatu kawasan c) Menentukan kedudukan sesuatu tempat d) Menentukan arah sesuatu tempat 2) Jarak sebenar di antara dua tempat pada peta lakar boleh ditentukan berpandukan a) Jangka sudut b) Kompas magnetik c) Petunjuk peta d) Skala peta 3) Untuk mengukur jarak sungai yang lengkung pada peta,anda perlu menggunakan a) Pembaris b) Benang c) Pita ukur d) Jangka tolok 4) Alat yang lazim digunakan untuk mengukur jarak lurus di antara dua tempat pada peta iala a) Jangka sudut dan tali halus b) Jangka sudut dan jangka tolok c) Tali halus dan pembaris d) Pembaris dan Jangka tolok 5) skala merujuk kepada: a) ukuran jarak di atas peta b) jarak sebenar di atas permukaan bumi c) perbandingan antara jarak sebenar di atas peta d) nisbah jarak di atas peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi 6) Apakah kepentingan skala pada peta? a) Mengukur arah sesuatu tempat b) Mengukur panjang sungai c) Mengukur ketinggian kawasan d) Mengukur jarak di antara dua tempat 7) Maklumat berikut menunjukkan (1:100 000 & 1: 50 000) a) pecahan nisbah b) skala lurus mudah c) pecahan wakilan d) skala penyata 8) Apakah jarak sebenar bagi jarak 2.4 cm di atas peta dengan menggunakan skala 1 cm mewakili 2 km? a) 4.7 km b) 3.8 km c) 5.3 km d) 4.8 km 9) Maklumat yang berikut berkaitan dengan (KOS & MASA) a) Skala lurus penuh b) skala penyata c) jarak relatif d) jarak mutlak 10) Zamani berbasikal ke sekolah sejauh 6 km. Dia mengambil masa selama 5 minit bagi setiap kilometer (1 km). Maka, pukul berapakah Zamani akan sampai ke sekolah jika dia bertolak dari rumah pada jam 6.30 pagi? a) 7.00 pagi b) 7.30 pagi c) 6.50 pagi d) 7.15 pagi

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?