1) Antara kepentingan pengurusan kewangan adalah seperti berikut, KECUALI a) mengetahui kedudukan kewangan semasa. b) menunjukkan kemewahan setelah penat bekerja. c) mengelakkan perbelanjaan berlebihan. d) mengeratkan hubungan dengan ahli keluarga kerana tidak perlu meminjam wang. 2) Apakah maksud akronim konsep SMART? a) Specific, Measurable, Attainable, Realistic, Time-Out b) Specific, Measurable, Attitude, Realistic, Time-bound c) Specific, Measurable, Attainable, Realistic, Time-bound d) Specific, Maintain, Attainable, Realistic, Time-bound 3) Manakah yang perlu didahulukan? a) Keperluan b) Kehendak 4) Antara berikut, yang manakah keperluan? a) Banglo mewah b) Tempat tinggal c) Pakaian berjenama d) Makan di restoran mewah 5) Matlamat kewangan yang kurang daripada 1 tahun ialah  a) matlamat jangka panjang b) matlamat jangka sederhana c) matlamat jangka pendek 6) Antara berikut, yang manakah langkah pertama dalam proses pengurusan kewangan? a) Mengkaji semula dan menyemak kemajuan b) Melaksanakan pelan kewangan c) Mewujudkan pelan kewangan d) Menetapkan matlamat kewangan 7) Yang berikut merupakan matlamat kewangan jangka panjang KECUALI a) Lebih daripada lima tahun b) Jumlah amaun yang besar c) Contoh: Pendidikan anak d) Contoh: komputer riba 8) Yang berikut merupakan perbelanjaan tidak tetap, KECUALI a) Bil utiliti b) Petrol dan gas c) Pelancongan d) Pakaian e) ansuran kereta 9) Yang berikut merupakan pendapatan aktif, KECUALI a) Gaji bersih b) Gaji sebagai guru tusyen  c) sewa yang diterima 10) Azfarheri ialah seorang guru sekolah swasta. Pendapatan bulanannya ialah sebanyak RM 3 500. Azfarheri juga mengajar kelas tuisyen pada masa lapang dan memperoleh pendapatan sampingan sebanyak RM 500. Azfarheri mempunyai perbelanjaan tetap sebanyak RM 1200 sebulan dan perbelanjaan tidak tetap sebanyak RM 900 sebulan. Hitung aliran tunai bulanan Azfarheri a) RM 1900 (Aliran positif) b) RM 190 (Aliran negatif) c) RM 190 (Aliran positif) d) RM 1900 (Aliran negatif)

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?