1) Pembakaran bunga api adalah tindak balas yang a) Tinggi b) Rendah c) Perlahan d) Cepat 2) Berikut adalah antara tindak balas yang berlaku di sekeliling kita. Manakah antara yang berikut, merupakan tindak balas perlahan? a) Respirasi b) Tindak balas asid pada kertas litmus c) Tindak balas sel elektrik d) Pembakaran gas metana 3) Apakah maksud kadar tindak balas? a) Perubahan kuantiti bahan tindak balas atau hasil tindak balas per unit masa b) Perubahan tindak balas per masa yang diambil untuk perubahan berlaku c) Perubahan tindak balas berlaku semasa tindak balas d) Perubahan kuantiti bahan tindak balas atau hasil tindak balas 4) Apakah yang berlaku kepada kuantiti bahan tindak balas semasa tindak balas berlaku? a) Tiada perubahan b) Bertambah c) Berkurang 5) Apakah yang berlaku kepada kuantiti hasil tindak balas semasa tindak balas berlaku? a) Berkurang b) Bertambah c) Tiada perubahan 6) Apakah perubahan kadar tindak balas yang berlaku di antara zink, Zn dan asid sulfurik, H2SO4? a) Pertambahan isipadu gas b) Pengurangan isipadu gas c) Pertambahan jisim bahan tindak balas d) Pengurangan jisim bahan tindak balas 7) Namakan gas yang terbebas bagi tindak balas antara zink, Zn dan asid sulfurik, H2SO4. a) Gas oksigen b) Gas hidrogen 8) Tindak balas antara asid nitrik, HNO3 dan ketulan marmar, CaCO3 akan menyebabkan a) Pertambahan isipadu gas b) Pertambahan jisim bahan tindak balas c) Pengurangan jisim bahan tindak balas d) Pengurangan isipadu gas 9) Gambar ini menunjukkan tindak balas antara larutan kalium iodida, KI dan larutan plumbum(II) nitrat, Pb(NO3)2 . Apakah perubahan yang berlaku bagi tindak balas tersebut? a) Pengurangan jisim bahan tindak balas b) Pembentukan mendakan c) Pertambahan isipadu gas d) Tiada perubahan yang berlaku 10) Apakah warna mendakan yang terbentuk bagi tindak balas antara larutan kalium iodida, KI dan larutan plumbum(II) nitrat, Pb(NO3)2 ? a) Hitam b) Perang c) Kuning d) Putih

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?