1) Bagaimanakah cara penentuan jenis vokal bahasa Melayu? a) cara udara dilepaskan b) bahagian lidah yang terlibat c) naik atau turunnya lelangit lembut d) keadaan pita suara sama ada bergetar atau tidak 2) Bagaimanakan cara pengasilan bunyi konsonan letupan lelangit lembut tak bersuara? a) hujung lidah dinaikkan untuk menyekat laluan udara b) lelangit lembut dan anak tekak diturunkan c) udara tak dilepaskan dengan serta merta d) pita suara tidak bergetar 3) Yang manakah perkataan yang mempunyai suku kata berpola KKKV? a) traktor b) strategi c) tragedi d) struktur 4) Jenis konsonan sengau dengan contoh perkataan yang betul ialah... a) dua bibir - murung , kulum b) lelangit lembut - mamah , sempit c) gusi - moyang , kenyang d) lelangit keras - mandi ,kunyit 5) Bunyi konsonan sengau terdapat pada perkataan a) nyanyi b) biawak c) tayar d) tipis 6) Yang manakah berkaitan dengan penghasilan bunyi vokal ? a) udara keluar dari paru paru tanpa sekatan b) belakang lidah arah lelangit lembut c) keadaan bibir bundar d) pita suara tidak bergetar 7) Bunyi 'e taling' merupakan a) vokal tengah b) vokal depan luas c) vokal belakang sempit d) vokal depan separuh sempit 8) Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya tiada diftong? a) hairan----maut b) salai----paroi c) automatik----laut d) lain----baik 9) Vokal akhir pada perkataan "kerusi" ialah a) vokal depan sempit b) vokal belakang sempit c) vokal depan luas d) vokal depan separuh sempit 10) Yang manakah kumpulan perkataan yang kesemuanya mengandungi dua huruf yang mewakili satu bunyi konsonan. a) nyata,tenang,karbon b) bangun,syarat,tarikh c) doktor,hanyut,manja d) luncur,quraisy,entah 11) Perkataan yang manakah yang mengandungi bunyi geluncuran lidah dari depan luas ke arah belakang sempit? a) Daun b) Lebai c) Saujana d) Melainkan 12) Yang manakah BUKAN ciri bunyi diftong? a) Merupakan bunyi bersuara b) Mengalami geluncuran lidah c) Terdapat gangguan pada aliran udara d) Pita suara bergetar semasa menghasilkannya 13) Yang manakah BENAR bagi bunyi konsonan? a) Bunyi bersuara sahaja b) Udara mengalami gangguan. c) Mengalami dua puncak kelantangan d) Udara keluar melalui rongga mulut sahaja. 14) Perkataan yang manakah yang semua konsonannya merupakan bunyi bersuara? a) Tembakul b) Jembalang c) Kemungkinan d) Penderhakaan 15) Ayat yang manakah yang perkataannya mengandungi bunyi sengau dua bibir? a) Saya tidak suka akan lontong. b) Laut sangat bergelora pada waktu tengkujuh. c) Pembinaan terowong bawah tanah itu dihentikan. d) Nyanyian pelajar itu dipuji oleh penonton yang hadir. 16) Yang manakah perkataan yang mempunyai bunyi konsonan letusan bersuara dan tak bersuara? a) Caj b) Jala c) Cekap d) Sahaja 17) Apakah persamaan cara penghasilan bagi bunyi konsonan [k] dan [x]? a) Kedua-duanya bunyi bersuara. b) Kedua-duanya mengalami geseran, c) Kedua-duanya merupakan bunyi letupan. d) Kedua-duanya berkongsi daerah artikulasi pada lelangit lembut. 18) Yang manakah perkataan yang mengalami pengglotisan? a) Kekabu b) Mengharap c) Keutamaan d) Penghijauan 19) Perkataan yang mengandungi bunyi tambahan jenis pembibiran ialah a) Kuasa b) Lawan c) Biayaan d) Kewibawaan 20) Penyengauan pada bunyi vokal berlaku apabila a) bunyi vokal mendahului bunyi sengau b) bunyi sengau mendahului bunyi vokal c) bunyi vokal mendahului mana-mana bunyi konsonan d) mana-mana bunyi diftong mendahului bunyi vokal

FONOLOGI BAHASA MELAYU

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?