BERADAB: Kamal memandu mengikut had yang dibenarkan., Manobala memberikan tempat duduk di perhentian bas kepada ibu yang mengandung., Keluarga Keisha membawa plastik sampah sendiri untuk mengumpulkan sisa makanan ketika berkelah di tepi pantai., Danish dan Keeran menggunakan suara yang rendah berbincang tentang kerja rumah semasa berada di perpustakaan awam., Bob memastikan adik-adiknya menggunakan permainan di taman permainan taman perumahan mereka dengan betul dan berhati-hati. , TIDAK BERADAB: Zainal memandu secara berbahaya dan memotong di selekoh jalan yang sangat berbahaya., Ah Meng telah memarahi dengan menggunakan kata-kata kesat kepada jururawat hospital kerajaan kerana perkhidmatan lambat dan terpaksa menunggu lama untuk tiba giliran., Naveen merokok di kawasan larangan merokok. Dia telah dikenakan denda sebanyak RM300., Nani membuat kecoh dengan menyalahkan pemandu ambulan kerana lambat tiba semasa dia mengalami kemalangan., Aiman membakar sampah sehinggakan jirannya sukar bernafas kerana angin meniup ke rumah jiran tersebut., Geethaanjali telah memarahi orang tua yang meludah di depan pasar raya mewah., Hamdan memotong barisan semasa beratur di kaunter bayaran., Malek membuang kulit rambutan dari dalam kereta sambil memandu kereta sehingga terkena penunggang motosikal., Siew Ping tidak menutup paip tandas awam selepas menggunakan untuk membasuh tangan., Sin Min membaling batu kepada anjing jirannya yang selalu menyalak pada waktu malam.,

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?