1) Mak Temah sentiasa menyediakan hidangan untuk suaminya ,Pak Yusuf dengan sempurna kerana tanggungjawabnya sebagai isteri. a) Ketaatan b) Kerajinan c) Tanggungjawab 2) Mak Kiah mengambil upah menjahit selain menganyam tikar mengkuang untuk menambah pendapatan keluarganya. a) Ketabahan b) Kerajinan c) Keberanian 3) Zahar tidak mahu menerima pujian untuuk dirinya sendiri sahaja sebaliknya memuji rakan-rakan sepasukan yang telah membawa kemenangan kepada pasukannya. a) Baik hati b) Setia kawan c) Hormat-menghormati 4) Pelatih-pelatih baru seramai 150 orang bekerjasama membersihkan kawasan semak seluas padang bola dalam masa yang singkat. a) Tanggungjawab b) Kerajinan c) Kerjasama 5) Zahar dan Norimi dengan berani mendeklemasikan sajak ciptaan mereka sendiri semasa penutup minggu suai kenal. a) Keberanian b) Keyakinan c) Bikajsana 6) Kita mestilah tegas dengan tindakan atau pendirian yang telah kita buat. a) Zahar dengan tegas menolak tawaran Suhaili yang hendak membantunya mendapatkan pekerjaaan di kilang perabot selepas tamat latihannya di sana. b) Zahar dan Norimi dengan berani mendeklemasikan sajak ciptaan mereka sendiri semasa penutup minggu suai kenal. c) Zahar tabah menerima penghinaan Suhaili yang memandang rendah kepada mereka yang mempunyai kelulusan IKM. 7) Kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain kepada kita. Antara yang berikut, manakah BUKAN contoh bagi pengajaran tersebut?. a) Zahar telah memaafkan kesalahan Suhaili yang telah memandang rendah keputusannya melanjutkan pelajaran di IKM. b) Pelatih senior dan pelatih baharu saling memaafkan kesalahan semasa berlangsungnya minggu suai kenal. c) Pak Yusuf sentiasa memaafkan kesalahan isterinya Mak Temah walaupun Mak Temah lewat menghidangkan sarapan. d) Razali dengan senang hati mempelawa Zahar tinggal bersama-sama di rumah sewanya walaupun dia baru mengenali Zahar. 8) Zahar berjaya memperdayakan barisan pertahanan pihak lawan seterusnya membuat rembakan kencang ke pintu gol pihak lawan semasa perlawanan bola sepak dengan pasukan IKM Alor Setar. a) Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh b) KIta hendaklah bijak mengatur strategi untuk mengalahkan pasukan lawan c) Kita hendaklah berterima kasih kepada ahli pasukan . 9) Sikap gigih dalam melakukan sesuatu perlulah dijadikan pegangan hidup jika ingin berjaya. a) Zahar gigih berusaha dengan belajar bersungguh-sungguh di IKM untuk membuktikan bahawa pelatih IKM juga boleh berjaya. b) Orang-orang kampung bergotong-royong membangunkan bengkel perabot milik Zahar tanpa menghiraukan terik panas matahari. c) Zahar dan Norimi dengan berani mendeklemasikan sajak ciptaan mereka sendiri semasa penutup minggu suai kenal. 10) Pelatih-pelatih IKM diseru agar mempunyai keyakinan diri dan tidak mudah mengalah kepada pandangan masyarakat.Zahar yakin dengan kemampuan dirinya dalam peperiksaan kerana dia telah berusaha dengan sebaiknya disamping restu daripada ibunya. a) Kita perlulah yakin terhadap kemampuan diri sendiri b) Janganlah kita mudah berputus asa menghadapi kesusahan dalam hidup. c) Kita perlulah berani tampil ke hadapan untuk menunjukkan kemampuan diri.

NILAI DAN PENGAJARAN NOVEL MENITI IMPIAN

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?