1) Ulul Azmi merupakan gelaran yang diberikan kepada beberapa orang rasul kerana hebat dan kuatnya tentangan yang mereka hadapi semasa menyebarkan agama Islam. Manakah antara berikut tergolong dalam kelompok Nabi Ulul Azmi? a) Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Muhammad b) Nabi Nuh, Nabi Idris, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Muhammad c) Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Ilyas, Nabi Muhammad d) Nabi Nuh, Nabi Sulaiman, Nabi Musa, Nabi Yusuf, Nabi Muhammad 2) Islam mengajar umatnya supaya bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah S.W.T. di muka bumi. Apakah kategori akhlak yang dapat anda fahami daripada pernyataan di atas? a) Akhlak sesama manusia b) Akhlak dengan diri sendiri c) Akhlak dengan alam sekitar d) Akhlak dengan Allah S.W.T 3) Firman Allah : "Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (Muhammad S.A.W.) melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam”. Apakah kandungan Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.? a) Akidah, syariah dan akhlak b) Ibadah, dakwah dan amal c) Jihad, ilmu dan ihsan d) Iman, ihsan dan ikhlas 4) Pilih pendekatan yang TIDAK BENAR mengenai pembangunan insan menurut Islam? a) Menyucikan hati b) Berpaksikan tauhid c) Bersikap adil kepada semua d) Matlamat menghalalkan cara 5) Apakah kategori sunnah yang merujuk kepada pengakuan Rasulullah S.A.W. terhadap apa yang diucapkan dan dilakukan oleh sahabat dengan cara mendiamkan diri? a) Sunnah Fi’liyah b) Sunnah Qauliyah c) Sunnah Taqririyah d) Sunnah Wad’iyyah 6) Mengapakah pergaulan dengan orang-orang soleh dapat membantu dalam pembinaan akhlak? a) Rakan yang soleh disukai Allah S.W.T b) Rakan yang soleh dapat menyelesaikan masalah kita c) Rakan yang soleh dapat membimbing ke arah kebaikan d) Rakan yang soleh akan sentiasa menghulurkan bantuan 7) Tuntutan Allah SWT kepada manusia agar patuh kepadaNya bertujuan untuk kesejahteraan dan kebaikan manusia. Apakah punca UTAMA berlakunya gejala keruntuhan akhlak? a) Pengaruh media massa b) Pengaruh rakan sebaya c) Akidah yang tidak mantap d) Keretakan institusi kekeluargaan 8) Jiwa sebagai tenaga penggerak untuk melakukan sesuatu perbuatan dengan spontan tanpa pertimbangan akal fikiran. Siapakah yang mengemukakan definisi akhlak tersebut? a) Al-Khawarizmi b) Ibn Khaldun c) Al-Ghazali d) Ibn Sina 9) " Batu api, mulut tempayan dan tangan panjang" mewakili kata perumpanaan Melayu yang berkaitan dengan akhlak dan tingkahlaku seseorang. Apakah yang dapat menggambarkan akhlak tersebut?  a) Akhlak mazkurah b) Akhlak Mazlumah c) Akhlak Mazmumah d) Akhlak Mahmudah e) A 10) Akhlak mahmudah yang bertunjangkan keimanan kepada Allah SWT mampu melahirkan generasi yang bertamadun serta berhemah tinggi. Apakah kaedah yang TEPAT bagi seseorang pemimpin untuk membina masyarakat berintegriti di Malaysia? a) Menghapuskan rasuah dengan hukuman yang lebih berat b) Memperindahkan masjid dan surau di kawasan perumahan c) Menerapkan nilai-nilai takwa dalam kehidupan seharian d) Menganjur program hiburan bagi menarik minat golongan muda

Leaderboard

Visual style

Options

Switch template

Continue editing: ?